Ahad, 9 Februari 2025

Kelisa 1.0 SE dan Axia 1.0 G

Kajang, 09/02/2025 (Ahad) - Perodua Axia 1.0 G berwarna Granite Grey telah diambil hari ini menggantikan Perodua Kelisa 1.0 SE (22/12/2006 hingga 31/01/2025). Maksudnya dijual Kelisa atas nama J dan dibeli Axia atas nama L.

Saya, isteri dan anak-anak yang menaiki Proton Exora 1.6 M-Line (2011) datang dari arah Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) terus ke kedai Perodua di Kajang. Kami membuat urusan pengambilan kereta.

Saya memandu Perodua Axia 1.0 G (2025) dengan beberapa orang anak sebagai penumpang. Perodua Bezza 1.0 X (2022) ada di rumah yang terletak di Kajang juga.

Proton Axia 1.0 G dikuasakan oleh enjin tiga selinder yang mampu menghasilkan 67 hp (horse power) 91 Nm (Nanometer) tork yang digandingkan bersama transmisi empat kelajuan (gear automatik). Ia menggunakan minyak petrol, inline dan 4 valve DOHC (Double OverHead Camshaft) iaitu Aci Sesondol Atas Kepala Berganda.

Proton Axia 1.0 G memiliki roda 14 inci (alloy). Aloi ialah logam yang merupakan gabungan dua logam atau lebih (seperti gangsa, loyang dan lain-lain) atau satu logam dengan bahan bukan logam (seperti keluli). Tayarnya menggunakan 175/65 R14 dan tayar jejarian (radial tyre).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.