Kuala Lumpur, 07/02/2025 (Jumaat) - Pagi tadi, saya dan isteri telah berada di parkir berbayar dalam kawasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami keluar dari Proton Exora dan berjalan kaki masuk ke dalam bangunan HCTM.
Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftamologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM.
Saya dan isteri menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9007 (jam 8:57 AM). Nombor 9007 dipanggil ke Bilik 9 dan saya diberi borang serta mendapat pula nombor 6006 (jam 9:00 AM). Borang yang diberi ada disenaraikan bilik-bilik yang saya akan masuk. Bilik 32 tidak menggunakan nombor giliran, Bilik 3 meggunakan nombor 6006, Bilik 8 serta Bilik 10 tidak menggunakan nombor giliran dan Bilik 6 menggunakan nombor 9007. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C.
Di Bilik 32, diperiksa tekanan darah (154/103). Diperiksa bacaan gula dalam darah (5.7) melalui jari di tangan kiri saya. PR 91.
Di Bilik 3, diperiksa kanta cermin mata dan kanta dalam mata kanan untuk mengetahui bilangan kuasa yang diperlukan bagi kanta gantian.
Di Bilik 8 (Unit Imagenet) untuk ujian mata OCT (Optical Cohorence Tomography) menggunakan sejenis peralatan. Di Bilik 10 (Bilik Biometry) untuk Scan A, menggunakan dua jenis peralatan.
Di Bilik 6, diperiksa mata saya oleh Dr Amirmohammad Safarbaloo dari Iran menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Tekanan mata kiri saya 16 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 24 mmhg.
Saya mengucapkan terima kasih (thank you) kepada doktor. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu di Kaunter A.
Saya mendapatkan empat jenis ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 0171. Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Jam 12:30 PM, urusan selesai.
Saya dan isteri naik kenderaan. Isteri saya memandu kenderaan dan kami pulang ke rumah SI.