Khamis, 6 Februari 2025

Klinik Kesihatan 06.02.2025

Kajang, 06/02/2025 (Khamis) - Pagi tadi, saya dan isteri telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Kami keluar dari Proton Exora dan berjalan kaki masuk ke dalam bangunan KKK.

Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 10:00 AM dan mendapat nombor 0108A (jam 9:47 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.

Saya dan isteri menunggu di kerusi bahagian dalam. Nombor 0108A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0106 (jam 9:59 AM) di kaunter 3. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.

Nombor N0106 dipanggil ke Triage 1B. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (174/101). Juga mencatat berat saya 55 gram dan tinggi 150 sentimeter. Saya menerima buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).

Nombor N0106 dipanggil ke Bilik 9(C) berjumpa doktor. Saya dicadangkan bersenam dengan berjalan kaki selama 30 minit sehari selama lima hari dalam sebulan. Dia memberikan laporan pemeriksaan kesihatan dua minggu lepas berdasarkan pengambilan darah dan sampel air kencing (urine).

Keputusan Ujian Makmal. Bacaan gula dalam darah ketika berpuasa (6.2 unit: mmol/L), julat (3.5 - 6.0). Bacaan kolestrol dalam darah ketika berpuasa (10.0 unit: mmol/L), julat (2.8 - 6.2).

Ujian fungsi buah pinggang. Urea (6.6 unit: mmol/L), julat (1.7 - 8.3). Sodium (136 unit: mmol/L), julat (135 - 145). Potassium (5.2 unit: mmol/L), julat (3.5 - 5.1). Chloride (104 unit: mmol/L), julat (96 - 108). Creatinine (125 unit: mmol/L), julat (63 - 133). Ujian fungsi hati. Jumlah protein (89 unit: g/L), julat (59 - 84)

1-Albumin (Urine). Ur Albumin: negative unit. 2-Urine Microalbumin. Creatinine (50 unit: mg/dL). Ur Microalbumin (3 unit: mg/dL). A:C: Abnormal (30 - 300 unit: mg/g).

Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah dan kolestrol dalam darah (Atorvastatin 20mg Tablet) di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 0145. Ambil Perindopril 1 biji 1 kali sehari sebelum sarapan pagi dan Atorvastatin 1 biji 1 kali sehari sebelum atau selepas makan malam. Jam 12:30 PM, urusan selesai.

Saya dan isteri naik kenderaan serta pergi ke tempat lain sebelum pulang ke rumah TJ.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.