Selasa, 25 Oktober 2022

Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) Oktober 2022

Petaling Jaya, 25/10/2022 - Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) baharu (Sugar Brown) telah dibeli dan diterima oleh saya pada hari ini (Selasa, 25 Oktober 2022) di sebuah pusat jualan kenderaan Perodua. Kereta salun (kereta sedan) yang mempunyai kelebihan ruang but dengan kapasiti 508 liter. Enjin berteknologi DUAL VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence) iaitu Dwi Pemasaan Injap Boleh Diubah (Boleh Laras) dengan Kepintaran. Ketika memandu kereta ini, penunjuk 'eco' menyala untuk memberitahu pemandu apabila pemanduan kita mencapai tahap mesra alam.

Tempoh menunggu giliran untuk mendapatkan kereta Bezza Premium 1.3 X (transmisi automatik) ini ialah selama kira-kira 6 bulan setengah. Sebelum saya memandunya, bacaan meter perbatuan (odometer) kereta ialah 15 kilometer.

Perodua Bezza ditawarkan dalam empat varian bermula dengan model asas iaitu pertama, Standard 1.0 Gxtra (transmisi manual) berharga RM34,580. Kedua, Standard 1.0 Gxtra (transmisi automatik) berharga RM36,580. Ketiga, Premium 1.3 X (transmisi automatik) berharga RM43,980. Keempat (model tertinggi), Advance 1.3 AV (transmisi automatik) berharga RM49,980.

Pelbagai jenis kenderaan saya naik hari ini untuk sampai ke Petaling Jaya bagi mengambil kereta baharu. Semalam (24/10/2022) hari Isnin ialah cuti umum sempena Deepavali.

Saya menaiki bas perantaraan MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa. Bas T459 ke Stesen MRT Stadium Kajang. Naik MRT ke Stesen Kajang. Ia bersambung dengan stesen KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Naik tren (komuter) dari Stesen Kajang ke Stesen Kuala Lumpur yang perjalanannya di laluan Batu Caves. Saya hendak membuat pertukaran tren ke laluan Pelabuhan Klang tetapi komuter yang ditunggu belum sampai setelah lama menunggu di platform. Buat keputusan untuk berpatah balik dan turun di Stesen KL Sentral bagi pertukaran tren. Tersalah naik tren pula iaitu ETS (Electric Train Service) dari utara yang menggunakan tiket khas tetapi saya tidak ada tiket tersebut. Sampai di KL Sentral, pihak KTMB membenarkan saya keluar melalui lorong yang menggunakan Kad T'nG (Touch 'n Go). Kad ini digunakan sejak tadi ketika menaiki bas perantaraan dan tren (MRT serta komuter).

Perjalanan diteruskan dengan menaiki komuter dari Stesen KL Sentral ke Stesen Kg Dato' Harun. Turun dari komuter, saya menyewa sebuah teksi bermeter yang sedang menunggu penumpang di luar stesen. Pemandu teksi menghantar saya ke tempat yang dituju.

Apabila urusan penerangan berkaitan kereta dan dokumen selesai, saya memandu Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) baharu (Sugar Brown) pulang ke rumah di Kajang. Guna Kad T'nG di beberapa buah plaza tol lebuh raya. Singgah ke rumah SI. Letak kereta di Stesen Sungai Jernih dan naik MRT ke Stesen Stadium Kajang. Berjalan kaki ke sebuah bank kerana membuat penukaran kad debit (MyDebit) yang akan tamat tempoh pada 11/22 (November 2022). Guna mesin sahaja. Kad baharu akan tamat tempoh pada 08/28 (Ogos 2028). Kembali mendapatkan kereta baharu di stesen MRT dan memandu pulang ke rumah TJ. Kami cukup bertujuh orang di sini. Semasa pulang ke rumah TTD beberapa hari lepas, kereta baharu ini belum sempat diambil pada 21/10/2022 (Jumaat).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.