Tahun 2023, Proton (Perusahaan Otomobil Nasional) Sdn Bhd telah melancarkan model baharu SUV (Sport Utility Vehicle) iaitu Kenderaan Utiliti Sukan pada awal bulan Mei 2023. Proton X90 menggunakan enjin 1.5 TGDi dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V yang menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Maksud BSG (Belt Starter Generator) pada Proton X90 ialah Penjana Pemula Tali Sawat (sistem integrasi yang digunakan sebagai penghidup kenderaan). Takrif tali sawat ialah tali atau rantai di antara aci yang berpusing atau di antara takal untuk menjalankan enjin atau untuk menggerakkan sesuatu. Tiga siri Proton X untuk pasaran SUV setakat ini iaitu Proton X70 (dilancarkan pada 2018), Proton X50 (dilancarkan pada 2020) dan Proton X90 (dilancarkan pada 2023).
Harga kenderaan untuk Proton X90 1.5 TGDi BSG Standard (bermula RM123,800), Proton X90 1.5 TGDi BSG Executive (bermula RM130,800), Proton X90 1.5 TGDi BSG Premium (bermula RM144,800) dan Proton X90 1.5 TGDi BSG Flagship (bermula RM152,800).