Business Hours (Amway Malaysia Product Pavilion). Monday, Tuesday, Wednesday (1st.3rd.4th.5th), Thursday, Friday and Saturday, 10:30 AM to 8:30 PM. Sunday, 11:00 AM to 6:00 PM. Public Holidays, Closed. Every 2nd Wednesday of the month, 1:00 PM - 8:30 PM. Closed for stock take from 10:30 AM to 1:00 PM.
Antara barangan Nutrilite yang saya telah beli ialah BodyKey By Nutrilite (Cafe' Latte Flavour). Mengandungi 14 paket x 51 gram dalam 1 kotak. Kandungannya ialah soya dan biji chia sebagai protein tumbuhan.
Minuman Kocak Pengganti Sajian adalah minuman nutrisi yang membantu dalam pengurusan berat badan yang sihat. Minuman kocak ini padat dengan 22 vitamin dan mineral yang memenuhi 1/3 daripada nutrisi badan kita. Setiap paket juga mengandungi protein, serat dan kalsium untuk memberikan tenaga kepada badan kita. Ia tidak mengandungi pewarna, perisa atau pengawet tiruan. Ia disahkan halal dan mesra vegetarian.
Total item, 21 + 1 free (powder scoop). Selepas membeli 21 barang + 1 sudu percuma (RM1135.20), saya memandu kereta bertolak meninggalkan kedai Amway Malaysia (Product Pavilion) di Petaling Jaya pada jam 11:37 pagi untuk pulang ke rumah di Kajang melalui tiga lebuh raya seperti tadi iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Sebelum sampai ke rumah, sempat singgah ke beberapa buah tempat. Kali pertama membayar parkir kenderaan (Majlis Perbandaran Kajang) menggunakan eWallet (Touch 'n Go).
Hari ini (Isnin) merupakan hari Cuti Peristiwa di sekolah tempat saya mengajar kerana pada hari Sabtu, 22 Julai 2023 telah diadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekasih.