Saya naik tren MRT di Stesen Sungai Jernih pada jam 1:09 petang dan turun dari tren di Stesen Mutiara Damansara pada jam 2:09 petang. Perjalanan selama satu jam. Saya solat Zohor di surau Stesen Mutiara Damansara.
Kemudian berjalan kaki dari stesen yang laluannya terus bersambung dengan tempat dituju dan akhirnya sampai ke pusat membeli-belah The Curve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara.
Saya menggunakan Kad Touch 'n Go. RM4.20 ialah tambang dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Mutiara Damansara. Ini ialah tambang sehala.
Saya menghadiri Think Quran Festival. Pelbagai acara diadakan pada 16, 17 dan 18 Jun 2023. Sebelum jam 4:00 petang, saya telah berjumpa dengan kesemua anggota kumpulan Hijjaz seramai empat orang dan bergambar. Mereka ialah Munif bin Ahmad (Putra Aiman), Isman Nadim bin Isam (Manis Helma), Mohd Faizal bin Osman (Abai Os) dan Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin). Mereka mempersembahkan empat buah lagu (Rasulullah, Rabbi Sallimna, Fatamorgana dan Sumayyah) di majlis perasmian pada hari ini..
Selepas selesai persembahan nasyid kumpulan Hijjaz, saya solat Asar di surau Stesen Mutiara Damansara dan menaiki tren MRT. Saya turun di Stesen Sungai Jernih. Ketika berpatah balik dari stesen tempat naik ke stesen tempat turun, sekali lagi saya membuat bayaran RM4.20 seperti tadi menggunakan Kad Touch 'n Go untuk tambang sehala.
Saya mendapatkan kereta dan keluar dari tempat letak kenderaan dalam bangunan menggunakan Kad Touch 'n Go (RM4.30). Saya memandu pulang ke rumah TJ di Kajang.