Khamis, 1 Jun 2023

Percutian ke Kuantan 2023

Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang bercuti di Kuantan selama 3 hari 2 malam (masih berada di homestay). Ia merupakan tempat percutian di kawasan pantai yang terletak di Pahang (ibu negeri). Kami telah beberapa kali pergi ke Kuantan sebelum ini tetapi belum cukup bertujuh. Seramai tujuh orang menginap di sebuah pangsapuri tiga bilik tidur (homestay), C-2-6 (Blok C - Tingkat 2 - Nombor 6), Sutra Villa 2 Apartment (menghadap laut), Lorong Pelindung Damai, Berserah, 26100 Kuantan, Pahang.

Kami menginap di sebuah pangsapuri tiga bilik tidur. Sebuah katil kelamin di bilik tidur pertama, sebuah katil bujang di bilik tidur kedua dan dua buah katil bujang di bilik tidur ketiga. Juga mempunyai dua buah tandas (bilik air), sebuah ruang tamu, sebuah ruang makan, sebuah ruang dapur dan sebuah ruang untuk mesin basuh serta mesin pengering pakaian. Tempahan bilik (homestay) dan bayaran dibuat dalam talian (RM533.28). Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024.

Rabu, 31 Mei 
2023 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TTD di Kuala Lipis pada jam 11:40 pagi. Saya memandu Proton Exora melalui jalan-jalan raya di Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh. Masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (E8) melalui Plaza Tol Temerloh. Berhenti di Kawasan Rehat Temerloh pada jam 1:40 petang. Bergerak semula dengan kenderaan pada jam 2:40 petang. Keluar dari E8 melalui Plaza Tol Kuantan (RM13.90). Akhirnya kami sampai ke Sutra Villa 2 Apartment selepas saya memandu sejauh 253.7 kilometer dari Kuala Lipis ke Kuantan. Letak kenderaan di tempat yang disediakan oleh pihak pengurusan pada jam 4:40 petang. Kunci homestay diambil sendiri dari dalam kotak di depan pintu pangsapuri menggunakan kata laluan. Selepas solat, kami keluar berjalan kaki dan bersiar-siar di Pantai Pelindung. Minum petang dan makan malam di gerai tepi pantai (cafe by the beach). Kembali ke kediaman C-2-6. Solat dan bersedia untuk bermalam di sini.

Khamis, 1 Jun 2023 (hari kedua). Bangun, solat dan keluar membeli makanan yang dibungkus dari Warung Nasi Lemak Pelindung. Bersarapan pagi di pangsapuri. Kami bertujuh pergi ke kolam renang di dalam kawasan Sutra Villa 2 Apartment. Kemudian kami keluar berjalan kaki melalui pintu pagar utama dan pergi ke Pantai Pelindung. Semua turun ke dalam air laut di tepi pantai. Dari Pantai Pelindung, sebahagiannya turun semula mandi di kolam renang dan sebahagian lagi pulang ke kediaman C-2-6. Kami semua keluar selepas berkemas diri. Makan tengah hari dan minum di kedai makan Jaman Tory Resepi, A-15, Jalan IM 2/3, Taman Kota Ria, Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan, Pahang. Kami pergi solat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan kembali ke pangsapuri. Kami keluar semula menaiki kenderaan dan bersiar-siar di Pantai Teluk Cempedak. Malam, kami terus ke Indera Mahkota 2 menziarahi emak saudara saya (adik kepada arwah abah). Singgah ke kedai dan menghala ke Tanjung Lumpur. Cadangnya hendak pergi ke Dataran Serambi Teruntum. Oleh kerana berlaku kesesakan lalu lintas dan orang sangat ramai, kami berpatah balik membuat pusingan U. Kembali ke kediaman C-2-6. Solat dan bersedia untuk bermalam di sini.

Jumaat, 2 Jun 2023 (hari ketiga). Perancangannya selepas bangun dan solat, saya akan keluar membeli makanan yang dibungkus dari Warung Nasi Lemak Pelindung lagi seperti pagi Khamis. Juga hendak pergi semula ke Dataran Serambi Teruntum dan Tanjung Lumpur. Jumaat merupakan hari terakhir kami bertujuh berada di Kuantan untuk percutian kali ini. Mengikut peta google, perjalanan melalui lebuh raya dari Sutra Villa 2 Apartment ke rumah SI di Kajang ialah sejauh 278 kilometer dan perjalanan melalui lebuh raya dari Sutra Villa 2 Apartment ke rumah TJ di Kajang ialah sejauh 280 kilometer.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.