Ahad, 10 April 2022

Pengurusan Kes Covid-19 Setakat 10 April 2022

Saya sedang berada di rumah TJ. Isteri dan tiga orang anak kami sedang berada di rumah SI. Dua orang anak kami lagi sedang berada di asrama sebuah sekolah menengah agama di negeri lain. Setakat Ahad, 10 April 2022, kali terakhir, saya, isteri dan lima orang anak kami berada di rumah TTD ialah pada hari Rabu, 2 Mac 2022.

Saya (ahli 1), isteri (ahli 2), anak sulung (ahli 3), anak kedua (ahli 4), anak ketiga (ahli 5), anak keempat (ahli 6) dan anak kelima (ahli 7).

Hari pertama (Rabu, 6 April 2022 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1443). Kami mendapat berita melalui telefon bahawa ahli 4 demam dan disahkan positif Covid-19 (coronavirus disease 2019). Ahli 2 sakit tekak dan ahli 5 demam. Mereka berdua pergi membuat pemeriksaan untuk ujian swab iaitu Rapid Test Kit (RTK) atau Kit Ujian Pantas. RTK dibuat di sebuah klinik swasta (RM50.00 x 2 orang). Swab (sapuan) khusus 6 inci dimasukkan ke dalam hidung untuk mengumpul sampel yang diperlukan bagi menentukan jangkitan aktif. Ahli 2 dan 5 disahkan positif Covid-19. Kami mendapat berita melalui telefon bahawa ahli 3 pula demam dan disahkan positif Covid-19. Ahli 1, 6 dan 7 tidak bergejala. Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, kami juga pergi membuat pemeriksaan untuk ujian swab iaitu RTK di klinik sama tetapi secara pandu lalu (RM55.00 x 3 orang). Ahli 1 disahkan negatif tetapi ahli 6 dan 7 disahkan positif Covid-19.

Hari kedua (Khamis, 7 April 2022 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1443). Saya bersahur dan berbuka puasa di rumah SI.

Hari ketiga (Jumaat, 8 April 2022 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1443). Saya bersahur dan berbuka puasa di rumah TJ.

Hari keempat (Sabtu, 9 April 2022 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1443). Saya bersahur di rumah TJ dan berbuka puasa di rumah SI.

Hari kelima (Ahad, 10 April 2022 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1443). Saya bersahur dan berbuka puasa di rumah SI.

Untuk kes positif Covid-19, tempoh isolasi (kuarantin) ialah 7 hari bagi yang telah menerima dos penggalak dan lengkap vaksinasi. Tempoh kuarantin 10 hari pula bagi yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi.

Untuk kontak rapat Covid-19 tidak bergejala, tiada kuarantin bagi yang telah menerima dos penggalak. Lakukan ujian kendiri RTK pada hari pertama dan ketiga. Jika bergejala, tempoh kuarantin 5 hari. Lakukan ujian kendiri RTK.

Maksudnya ialah kontak rapat yang ada dos penggalak, tidak bergejala (seperti ahli 1) tidak perlu kuarantin. Ia telah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2022.

Bagi kes positif Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta untuk mengisi borang Penilian Kendiri iaitu Home Assessment Tool (HAT) atau Peralatan Penilaian di Rumah. Kebiasaannya KKM meminta untuk menghantar borang dua kali dalam masa satu hari. Pemberitahuan dihantar sekitar jam 12:00 tengah malam dan 12:00 tengah hari. Semak tab Perlu Dilakukan dalam aplikasi MySejahtera.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.