Kajang, 04/04/2022 - Hari ini ialah hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan. Rabu, 2 Ramadhan 1443 bersamaan dengan 4 April 2022. Saya telah membeli 4 biji tayar 165/55 R14 72H jenama VIKING CITY TECH CT6 (RM165.00 x 4 = RM660.00), injap tayar (RM5.00 x 4 = RM20.00), upah pemasangan (RM10.00 x 4 = RM40.00) dan penjajaran (alignment) tayar diberi secara percuma untuk Perodua Kelisa di bengkel Aiedra Motor Sdn Bhd petang tadi berhampiran rumah SI.Sebelum itu pada hari Sabtu, 19 Februari 2022, saya dari rumah TJ ke kedai Fastrack Tyre Battery and Services cawangan Kajang. Dibeli 4 biji tayar 195/65 R15 91H jenama FALKEN ZIEX ZE914 (RM205.00 x 4 = RM820.00), injap tayar, upah pemasangan dan penjajaran (alignment) tayar diberi secara percuma untuk Proton Exora.
Setakat Isnin, 4 April 2022, kali terakhir saya, isteri dan lima orang anak kami berada di rumah TTD ialah pada Rabu, 2 Mac 2022.