Sabtu, 25 Februari 2023

Promosi Nutrilite Bulan Februari 2023

Kajang, 25/02/2023 (Sabtu) - Produk Nutrilite daripada Amway sedang membuat promosi Beli Dengan Belian iaitu Purchase With Purchase (PWP). Nutrilite PWP ialah promosi pembelian produk dengan syarat membeli produk asas. Kita perlu membeli barangan terpilih dengan sebarangan nilai minimum untuk mendapatkan barangan lain yang tersenarai dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

Saya telah membeli lima jenis produk Nutrilite sacara dalam talian semalam, 24/02/2023 (Jumaat) dan telah menerima barang-barang tersebut pada hari ini. Pihak Amway tidak mengenakan bayaran penghantaran (RM10.00) jika kita membeli barang-barang berjumlah RM200.00 ke atas.

Ringkasan Pesanan. Jumlah Asal (RM555.40). Diskaun (RM30.00) kerana menggunakan kupon ke-3 Pelanggan Istimewa Amway (Amway Privileged Customer). Saya ialah Pemilik Perniagaan Amway (Amway Business Owner). Jumlah Pesanan (RM525.40). Kaedah Pembayaran (perbankan internet) menggunakan nombor pada kad debit.

Perincian Produk Nutrilite. 1.Lecithin-E - 150 tablet, boleh dikunyah (RM79.50). 2.CB Plus - 90 tablet (RM132.00). 3.Green-T Plus Tablet - 60 tablet (RM148.00). 4.Chewables Multivitamin and Iron Supplement - 100 tablet, untuk kanak-kanak (RM67.00). 5. Minuman Botani Beri dengan Lutein - 10 sachet, untuk penglihatan (RM69.00).

Promosi untuk Perkakasan Memasak Boleh Tanggal - Savorlife (RM59.90). Harga asal (RM250.00). Dapat harga promosi sebab beli lima jenis produk Nutrilite daripada Amway.

Set terdiri daripada satu pemegang kunci berganda boleh tanggal, satu periuk sos berukuran 18 sentimeter bersama penutup kaca bajaan dengan rim silikon dan satu kuali leper berukuran 26 sentimeter bersama penutup kaca bajaan dengan rim silikon.

Sebelum ini, saya juga pernah membeli beberapa jenis produk Nutrilite yang lain. Cara makan lima jenis suplemen. 1. Bio C Plus (1 tablet selepas bersarapan pagi). 2.Salmon Omega Complex (1 tablet selepas bersarapan pagi). 3.Green-T Plus Tablet (1 tablet ketika sedang makan tengah hari dan makan malam). 4.CB Plus (1 hingga 3 tablet ketika sedang makan tengah hari dan makan malam). 5.Lecithin-E (1 hingga 2 tablet selepas makan tengah hari dan makan malam).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.