Rabu, 1 Mac 2023 bersamaan dengan 8 Syaaban 1444. Sepanjang siang tadi di Kajang dan Serdang, hujan renyai-renyai iaitu hujan rintik-rintik (gerimis) masih turun hingga ke waktu malam. Publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web rasmi melaporkan berkenaan aras air malam ini (01/03/2023) di Selangor. Jam 10:30 malam di Sungai Sompo, Pekan Beranang, Hulu Langat, aras air 33.79 meter telah melebihi tahap BAHAYA (32.1 meter) sebanyak 1.69 meter. Trend (arah aliran) menaik.
Banyak siaran berita hari ini melaporkan keadaan banjir di Johor semakin buruk. 15 sungai utama iaitu empat di Segamat, empat di Kulai, dua di Tangkak, serta satu di Johor Bahru, satu di Kluang, satu di Pontian, satu di Kota Tinggi dan satu di Batu Pahat berada pada paras bahaya, tengah hari tadi.