Sabtu, 11 Mac 2023

Hussin Fauzi Farm, Taman Haiwan 2023

Kuala Selangor, 11/03/2023 - Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Hussin Fauzi Farm, Taman Haiwan pada hari ini (Sabtu, 11 Mac 2023). Jarak dari rumah TJ di Kajang ke sini ialah kira-kira 107 kilometer sahaja. Bayaran masuk untuk tujuh orang ahli keluarga ialah ahli 1 (RM15.00), ahli 2 (RM15.00), ahli 3 (RM15.00), ahli 4 (RM15.00), ahli 5 (RM7.00), ahli 6 (RM7.00) dan ahli 7 (RM7.00).

Hussin Fauzi Farm, Taman Haiwan terletak di Jalan Batu 45 Teluk Penyamun, Kampung Teluk Penyamun, Batang Berjuntai, 45600 Kuala Selangor, Selangor. Taman Haiwan (Mini Zoo) ini diuruskan oleh Maahad Tahfiz Dar ath-Thaqafah.

Dari rumah TJ di Kajang, Peta Google menunjukkan arah ke Hussin Fauzi Farm, Taman Haiwan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang/ Grand Saga (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang/ Suke (E19), Lebuhraya Duta - Ulu Kelang/ Duke (E33) dan terus ke Jalan Duta masuk ke Lebuhraya Utara - Selatan/ PLUS (E1). Berhenti makan, minum, solat serta singgah ke tandas di Kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Sungai Buloh. Keluar dari Lebuhraya Utara - Selatan/ PLUS (E1) dan masuk pula ke Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor/ Latar (E25). Tepat jam 4:00 petang, kami sampai ke Hussin Fauzi Farm, Taman Haiwan.

Dari Kajang, beberapa Plaza Tol (PT) yang telah dilalui ialah PT Batu 11 di E7 (RM1.30) 12:45 pm, PT Bukit Teratai di E19 (RM2.30) 1:00 pm, PT Ampang (A) di E19 (RM2.30) 1:06 pm, PT Batu di E33 (RM2.50) 1:28 pm, PT Jalan Duta ke PT Rawang Selatan di E1 (RM2.38) 3:25 pm, PT Kuang (Barat) di E25 (RM2.50) 3:32 pm dan PT Ijok di E25 (RM2.50) 3:39 pm.

Perjalanan pulang, saya memandu Proton Exora mengikut jalan raya dan lebuh raya yang saya telah mengetahui laluannya. Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor/ Latar (E25) dan terus ke Jalan Duta keluar dari Lebuhraya Utara - Selatan/ PLUS (E1). Menuju ke bandar raya Kuala Lumpur melaui Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Parlimen. Kemudian, saya meneruskan pemanduan di Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras dan Lebuhraya Cheras - Kajang/ Grand Saga (E7).

Dari Kuala Selangor, beberapa PT yang telah dilalui ialah PT Ijok di E25 (RM2.50) 6:38 pm, PT Kuang (Timur) di E25 (RM2.50) 6:48 pm, PT Rawang Selatan ke PT Jalan Duta di E1 (RM2.38) 7:13 pm dan PT Batu 9 di E7 (RM1.30) 7:48 pm.

Kami bertujuh meneruskan perjalanan ke rumah TJ di Kajang setelah singgah ke beberapa tempat kerana solat, isi petrol dan membeli makanan untuk makan malam di rumah. Kami masih dalam Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2022/2023

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Madaris

Naib 2007 SMKBBSL.
Dhabit 2009 SKSS.
Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
Naib 2012 SJK(C)B.
Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
Rais 2017 SKLA (SMKTK).
Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).