Ahad, 12 Februari 2023

Artistry Untuk Lelaki

Petaling Jaya, 12/02/2023 (Ahad) - Saya telah pergi ke kedai Amway Malaysia (Product Pavilion) membeli beberapa jenis produk di 28, Jalan 51A/223, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum itu, saya memandu Perodua Bezza pergi ke kedai Amway Malaysia (Product Pavilion) sejauh 31.5 kilometer sahaja. Bertolak meninggalkan rumah TJ di Kajang pada jam 10:35 pagi. Saya memandu kereta dan bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan. Masuk ke Jalan Semenyih (bandar Kajang) dan Jalan Cheras. Perjalanan diteruskan di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Saya memandu pula di Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan. Keluar dari lebuh raya, masuk ke Jalan Utara, Jalan Semangat, Jalan Dato' Jamil Rais (14/15) dan Jalan 51A/223. Sampai berhampiran pintu pagar utama bangunan kedai Amway Malaysia (Product Pavilion) pada jam 11:20 pagi. Saya meletakkan kereta di dalam kawasan pagar. Makan dan minum di R & J (cafe & snackbar).

Business Hours (Amway Malaysia Product Pavilion). Monday, Tuesday, Wednesday (1st.3rd.4th.5th), Thursday, Friday and Saturday, 10:30 AM to 8:30 PM. Sunday, 11:00 AM to 6:00 PM. Public Holidays, Closed. Every 2nd Wednesday of the month, 1:00 PM - 8:30 PM. Closed for stock take from 10:30 AM to 1:00 PM.

Antara barangan Artistry Untuk Lelaki (Artistry For Men) yang saya telah beli ialah Gentle Face Wash (dalam talian pada minggu lepas) dan Balancing Hydrator (kedai Amway pada hari ini).

Gentle Face Wash sentiasa menjadi langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit lelaki. Pembersih lembut yang menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran. Menjadikan kulit bersih, segar, rapi dan licin. Cara menggunakannya ialah dengan membasahkan muka dan tangan. Letakkan sebanyak 2 sentimeter pada tapak tangan dan gosok menggunakan hujung jari hingga berbuih. Sapu pada muka menggunakan hujung jari dan urut dengan lembut. Bilas dengan air suam. Gunakan pada waktu pagi dan malam.

Balancing Hydrator merupakan penyegar ringan yang dirumus untuk merapikan kulit lelaki sebelum bercukur dengan pencukur elektrik atau selepas bercukur biasa untuk kelembapan kulit. Ia dapat menyamankan dan menyingkirkan lebihan minyak. Cara menggunakannya ialah dengan menuangkan cecair sebesar duit syiling yang kecil pada tapak tangan. Sapu pada muka dan leher selepas membersihkan muka atau bercukur. Jika penggunaannya sebelum bercukur dengan pencukur elektrik, biarkan cecair kering sebelum bercukur. Sapu semula selepas bercukur untuk manfaat maksimum.

Selepas membeli 10 jenis barang (RM295.10), saya memandu kereta bertolak meninggalkan kedai Amway Malaysia (Product Pavilion) di Petaling Jaya pada jam 1:07 petang untuk pulang ke rumah di Kajang melalui tiga lebuh raya seperti tadi iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.