Rabu, 13 Oktober 2021

Tablet AiNS, Herba Untuk Mata

Kajang, 13/10/2021 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri. Kira-kira jam 3:30 petang, seorang penunggang motosikal daripada syarikat penghantaran Ninja Van menyerahkan barang yang saya telah pesan pada 10/10/2021. Saya membayar RM200.00 kepadanya kerana memilih cara barang sampai baru bayar.

Pada 1 Mei 2020 (01/05/2020) saya telah mula memakai cermin mata kerana rabun dekat sudah terjadi.

Saya mahu cuba makan tablet AiNS, herba untuk mata bermula hari ini. Saya membeli tiga kotak dengan harga RM200.00 yang mempunyai 30 biji pil (tablet) bagi satu kotak. Cara makannya ialah hisap atau kemam satu biji tablet sebelum sarapan pagi dan satu biji tablet sebelum makan malam.

Bahan-bahan AiNS ialah tomato, anggur, delima, kurma, kuaci, kobis, lobak dan avokado (sejenis tumbuhan tropika yang buahnya berbentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau kehitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yang tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan).

Insya-Allah, tablet AiNS boleh membantu mengurangkan rabun dan silau. Makin berusia, mata makin tak nampak. Lakukan pencegahan awal. Katarak juga antara punca penglihatan makin teruk. Katarak ialah penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan. Katarak juga ialah keadaan apabila kanta mata dapat ditembusi cahaya yang mengakibatkan pandangan menjadi kabur.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.