Jumaat, 1 Oktober 2021

Fasa 3 PPN Di Selangor Mulai 1 Oktober 2021

Kajang, 01/10/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-563. Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri kerana mematuhi PKP. Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berfasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 (coronavirus disease 2019) dengan selamat. Pelanpemulihannegara.gov.my ialah Portal Rasmi PPN (Malaysia Menang Bersama).

Setakat hari ini (Jumaat, 1 Oktober 2021), pecahan negeri mengikut fasa PPN ialah Fasa 1 tiada negeri. Fasa 2 untuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan Sabah. Fasa 3 untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak. Fasa 4 untuk Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara ringkasnya bagi negeri fasa 3 ialah hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah, semua sukan tanpa sentuhan dibenarkan, boleh menjamu di tempat makan dan tiga orang wakil isi rumah boleh keluar.

Di Selangor, peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 PPN ialah pada hari Jumaat, 10 September 2021 dan peralihan dari Fasa 2 ke Fasa 3 PPN ialah pada hari Jumaat, 1 Oktober 2021. Selangor termasuk dalam kawasan Lembah Klang. 

Hari ini pada waktu pagi, saya menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah untuk mata pelajaran Bahasa Arab. Berdasarkan aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar, saya mendaftar masuk ke Surau Taman Jasmin pada jam 12:36 tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat. Azan masuk waktu solat berkumandang pada jam 1:06 petang. Saya mendaftar keluar dari surau Jumaat pada jam 1:49 petang. Saya mendaftar masuk ke Mydin Mall Semenyih pada jam 2:02 petang dan mendaftar keluar pada jam 2:52 petang. Saya mendaftar masuk ke My Nasi Kandar Mydin Semenyih pada jam 2:53 petang dan mendaftar keluar pada jam 3:13 petang.

Mengikut salah satu ciri utama perancangan PPN, kejayaan PPN adalah berdasarkan pendekatan Seluruh Bangsa (Whole-of-Nation) untuk menangani wabak Covid-19. Malaysia tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan rakyat dalam membendung penyebaran Covid-19.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini (Jumaat, 1 Oktober 2021) ialah 1568 orang. Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 pada hari ini ialah 11889 orang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.