Sabtu, 25 September 2021

Homestay D'Anggerik 2021

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Homestay D'Anggerik selama 2 hari 1 malam. Ia merupakan tempat percutian di kawasan kampung yang terletak di Selangor dan tidak jauh dari rumah kami. Oleh kerana negara kita Malaysia masih menghadapi wabak Covid-19, kami belum dibenarkan merentas ke negeri lain kecuali Selangor serta dua buah wilayah persekutuan iaitu Putrajaya dan Kuala Lumpur yang sedang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Kami bermalam di Homestay D'Anggerik yang terletak di Jalan Nazir, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang.

Homestay yang mempunyai kolam renang ini menyediakan kemudahan penginapan berkonsepkan suasana kampung dalam bandar bagi mengelakkan kesibukan kota. Ia terletak di sempadan Kajang dan Bandar Baru Bangi. Saya dan isteri membayar untuk rumah nombor 1 (ada 2 bilik 4 tempat tidur) dan rumah nombor 2 (ada 1 bilik 3 tempat tidur). Tambahan kami membayar bilik nombor 3 (ada 2 tempat tidur) dan bilik nombor 4 (ada 2 tempat tidur) kerana baki kediaman yang bernombor 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 orang lain tidak boleh masuk. Kami mengajak saudara-mara terdekat sahaja untuk menginap di bilik yang kami bayar.

Rumah nombor 1 (RM250.00) 2 bilik 4 tempat tidur, rumah nombor 2 (RM150.00) 1 bilik 3 tempat tidur, bilik nombor 3 (RM100.00) 2 tempat tidur, bilik nombor 4 (RM100.00) 2 tempat tidur, bilik nombor 5 (RM100.00) 2 tempat tidur, bilik nombor 6 (RM100.00) 2 tempat tidur, bilik nombor 7 (RM100.00) 2 tempat tidur, bilik nombor 8 (RM100.00) 2 tempat tidur, bilik nombor 9 (RM100.00) 2 tempat tidur dan rumah nombor 10 (RM250.00) 2 bilik 4 tempat tidur.

Jumaat, 24 September 2021 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang selepas solat Jumaat dan menikmati hidangan. Kira-kira jam 3:15 petang, kami bertujuh sampai ke Homestay D'Anggerik. Kami telah membayar sebanyak RM600.00 untuk penginapan 1 malam di rumah nombor 1, rumah nombor 2, bilik nombor 3 dan bilik nombor 4. Deposit RM300.00 dibayar pada 22/09/2021 dan baki RM300.00 dibayar pada hari ini (24/09/2021) menggunakan talian internet (Wi-Fi) di homestay Encik Rosli bin Mustafa ini. Sejurus beberapa ketika selepas azan Asar berkumandang, kakak isteri saya bersama suaminya dan seorang anak mereka pula tiba. Terus mandi di kolam renang. Mereka bertiga akan bermalam di sini juga. Anak saudara isteri saya dan suaminya ada datang pada waktu antara Asar dan Maghrib kerana mereka tidak bermalam di sini. Malam, selepas solat, saya, anak kedua, anak ketiga dan suami kakak isteri saya keluar membeli makanan serta minuman di kawasan kedai bernama Adikku yang terletak di Kampung Sungai Ramal Dalam. Bawa pulang dan kami makan di laman homestay. Seorang lagi kakak isteri saya dan seorang anaknya ada datang semasa kami makan dan minum. Mereka berdua tidak bermalam di sini. Mereka pulang ketika kami masih mandi di kolam renang.

Sabtu, 25 September 2021 (hari kedua). Bangun, solat dan berehat. Sarapan pagi kami makan dan minum di bahagian dapur. Kami mandi di kolam renang lagi. Bersiap-siap untuk pulang ke rumah kerana waktu daftar keluar ialah pada jam 12:00 tengah hari. Kami bertujuh bergerak pulang diikuti oleh kakak isteri saya bersama suaminya dan seorang anak mereka. Saya memandu Proton Exora dan kakak isteri saya memandu Toyota Avanza meninggalkan perkarangan Homestay D'Anggerik.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.