Sampai di kedai berkenaan, saya membeli sebuah basikal lipat jenama Crosstec yang tayarnya bersaiz 20 inci dengan harga RM550.00 (Kad Debit Visa). Saya memilih warna jingga emas untuk basikal lipat 9 kelajuan. Kerangka besi dan batang aloi (sebatian beberapa jenis logam atau pancalogam).
Crosstec Paperang 20 inci (451). Spesifikasinya ialah bingkai keluli, rim dinding berganda aloi, Ltwoo 9 kelajuan, brek mekanikal, batang aloi, palang pemegang aloi, garpu suspensi kaku aloi, pelana (lapik tempat duduk) sukan dan tayar 20 inci dengan pelepasan pantas.
Saya melipat basikal dan memasukkannya ke dalam kenderaan serta dibawa pulang ke rumah. Selepas solat Asar, saya mengayuh basikal yang baru dibeli di kawasan surau dan sekitar taman perumahan.
Mulai hari ini (Jumaat, 10 September 2021), peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara untuk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ia bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 (coronavirus disease 2019) dengan selamat.