Pagi ini juga, saya telah terduduk pada cermin mata yang diletakkan di atas tilam berkatil di rumah TJ ketika hendak berbaring. Cermin yang di sebelah mata kiri retak dan pecah. Cadangan saya hendak menghantarnya ke kedai bagi tujuan pembaikan. Pada 18/06/2022 (Sabtu), saya mengambil cermin mata berkenaan yang ditempah dan dibeli (RM1,050.00) di Nurins Optometry, 33G, Jalan Jenaris 1, Desa Sri Jenaris. RM300.00 untuk bingkai (Lee Cooper) dan RM750.00 untuk kanta (ultimate 1.56 photochromic). Ia adalah jenis cermin mata multifokal. Ada beberapa jenis kanta pada satu cermin mata. Saya mengalami rabun dekat.
Sebelum itu, 11/05/2020 (Isnin), saya memakai cermin mata dengan satu jenis kanta sahaja untuk rabun dekat. Mulai 18/06/2022 (Sabtu), saya memakai cermin mata multifokal. Cermin mata tahun 2020 masih ada dalam simpanan saya. Jika diperlukan, ia boleh digunakan lagi.