Ahad, 14 April 2024

Cuti Ramadan dan Syawal 1445

Kajang, 14/04/2024 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah SI bagi hari terakhir cuti. Kami bertujuh telah bercuti sempena akhir Ramadan dan awal Syawal 1445 selama 9 hari. RM50.00 x 5 = RM250.00 ialah pengisian petrol RON95 untuk Proton Exora di lima buah stesen minyak Petronas di Hulu Klang 2, Kuala Lipis, Mempaga 3, Jasin dan Tmn Bdr Senawang. Pembayaran menggunakan aplikasi Setel pada telefon pintar. Kadar bayaran di plaza tol pula ialah RM41.49 di Grand Saga E7 (dua hala), SUKE E19 (dua hala), KL - Karak E8 (satu hala), LEKAS E21 (dua hala) dan PLUS E2 (satu hala). 

Selepas tamat waktu persekolahan sesi pagi pada tengah hari Jumaat, 5 April 2024 bersamaan dengan 25 Ramadan 1445, saya mengambil anak kedua dengan Perodua Bezza selepas solat Jumaat di surau sekolahnya. Isteri mengambil anak sulung dengan Perodua Kelisa dari stesen MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa. Saya mengambil anak ketiga dengan Perodua Bezza dari pejabat pendidikan daerah berhampiran rumah SI yang menaiki bas sewa khas dari sekolahnya. Saya dan isteri mengambil anak keempat serta anak kelima dengan Perodua Kelisa dari tadika mereka.

26 Ramadan 1445 (Sabtu) 6 April 2024 (hari pertama). Saya mengambil Proton Exora di rumah TJ yang ditukarkan dengan Perodua Bezza. Proton Exora dan Perodua Kelisa berada di rumah SI. Saya memandu Proton Exora dari Selangor ke Pahang. Isi petrol di Petronas Hulu Klang 2. Pemanduan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19), Middle Ring Road 2 (28), jalan lama dari Gombak ke Bentong dan masuk sekejap ke Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) melalui simpang yang di hadapannya nampak Maktab Rendah Sains MARA Bentong kerana mengelak kesesakan lalu lintas di E8. Meneruskan perjalanan di Lingkaran Tengah Utama (LTU) 34 dan Laluan Persekutuan 8. Berhenti di Masjid Jamek Kampung Sega Tat. Kami bertujuh telah sampai ke rumah TTD pada waktu petang. Membeli keperluan berbuka puasa di Kuala Lipis. Kami bermalam di rumah TTD.

27 Ramadan 1445 (Ahad) 7 April 2024 (hari kedua). Membeli barang-barang dapur dan lain-lain keperluan di bandar Kuala Lipis. Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah emak kandung di kampung. Kami bermalam di rumahnya.

28 Ramadan 1445 (Isnin) 8 April 2024 (hari ketiga). Membeli keperluan berbuka puasa di kampung (FELDA) sebelah kampung emak kandung. Kami bermalam di rumahnya.

29 Ramadan 1445 (Selasa) 9 April 2024 (hari keempat). Isi petrol di Petronas Kuala Lipis. Membeli barang-barang keperluan di bandar dan mengambil barang-barang di rumah TTD. Adik keempat sekeluarga dan adik keenam sekeluarga ada balik ke kampung juga hari ini. Kami bermalam di rumah emak kandung.

1 Syawal 1445 (Rabu) 10 April 2024 (hari kelima). Solat sunat Aidilfitri di masjid kampung. Kami dengan tiga buah kenderaan (16 orang), berhari raya ke beberapa buah rumah saudara-mara di kampung yang lain sekitar daerah Lipis. Berhenti di masjid kampung yang kedua. Kami semua ke rumah TTD dan bapa saudara bersama isteri serta anak perempuan mereka datang berhari raya sebelum kami kembali ke kampung. Kami bertujuh bermalam di rumah TTD.

2 Syawal 1445 (Khamis) 11 April 2024 (hari keenam). Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah SI. Saya memandu Proton Exora dari Pahang ke Selangor yang jaraknya ialah kira-kira 180 kilometer. Melalui Laluan Persekutuan 8 dan LTU. Keluar dari LTU. Berhenti di Masjid al-Falah Kampung Lebu. Isi petrol di Petronas Mempaga 3. Masuk semula ke LTU. Kemudian melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8), Middle Ring Road 2 (28), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Di rumah SI, berehat dan sebagainya. Kemudian, keluar semula melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21), Lebuhraya Utara - Selatan (E2) dan Lebuh AMJ di Melaka. Hari sudah malam. Berhenti di Surau az-Zakirin Selandar. Kami sampai ke rumah emak mentua di kampung yang terletak di Jasin. Kami bermalam di rumahnya.

3 Syawal 1445 (Jumaat) 12 April 2024 (hari ketujuh). Di Melaka. Isi petrol di Petronas Jasin. Berhari raya ke Johor. Kami bertujuh dan beberapa orang ahli keluarga di sebelah isteri saya berhari raya ke rumah adik-beradiknya di Segamat (Taman Bunga Raya dan Taman Astakajaya) pada waktu malam. Kami pulang ke Jasin dan bermalam di rumah emak mentua.

4 Syawal 1445 (Sabtu) 13 April 2024 (hari kelapan). Di Melaka melalui Lebuh AMJ dan jalan raya yang bukan lebuh raya untuk singgah berhari raya di Negeri Sembilan (Taman Bukit Senawang Perdana dan Taman Bandar Senawang). Isi petrol di Petronas Tmn Bdr Senawang. Petrol diisi sebelum sampai ke lokasi kedua di Senawang. Kami melalui Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) untuk pulang ke Kajang dan bermalam di rumah SI.

5 Syawal 1445 (Ahad) 14 April 2024 (hari kesembilan). Di rumah SI. Kami masih bertujuh setakat tengah hari ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.