Isnin, 1 April 2024

Emas dan 21 Ramadan 1445

Kajang, 01/04/2024 (Isnin) - Saya sedang berada di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat petang ini. Hari ini juga ialah 21/09/1445 iaitu 21 Ramadan 1445. Bulan Ramadan kali ini saya tidak diwajibkan untuk membuat pembayaran Zakat Emas kerana baki simpanan emas 999.9 Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) ialah 75 gram sahaja. Tahun ini, baki simpanan emas saya kurang daripada 85 gram untuk berat asas nisab bagi Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor).

Tahun 2022 (Ramadan 1443), baki simpanan jongkong emas 995 Kuwait Finance House (KFH) ialah sebanyak 125 gram selama setahun (cukup haul setahun) dan saya diwajibkan untuk membayar zakat. Tahun 2023, semua simpanan emas 995 KFH telah dijual sedikit demi sedikit pada bulan Ogos.

Maybank2u (MIGA-i). Wealth (Kekayaan). Gold Investment. Grand Total (75.000 g). Total Purchased (RM21,654.58) on 22/08/2023 (Tuesday). Average Purchase Price (RM288.71/ g). Unrealised Gains/ Loses (+17.59%). Current Value (RM25,464.00) on 01/04/2024 (Monday).

Emas yang disimpan dalam apa-apa bentuk sekali pun adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Bagi mendapatkan nilai zakat, ambil semua emas yang disimpan dan timbang. Kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus.

Umat Islam yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urusniaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.