Sabtu, 22 Januari 2022

Movenpick, Sekolah dan Royale Chulan Januari 2022

Kajang, 22/01/2022 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah SI. Kami cukup bertujuh orang sejak Cuti Hari Thaipusam pada 18/01/2022 (Selasa).

Pada 15/01/2022 (Sabtu), saya dan warga Sekolah Kebangsaan Semenyih (Sekasih) telah menghadiri Majlis Mahabbah Cinta Sekasih (Mahabbah Di Jiwa, Kasih Tercipta) 2021/2022 di Movenpick Hotel and Convention Centre, KLIA, Sepang anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekasih. Tema warna ialah kelabu, hitam dan merah jambu.

Pada 18/01/2022 (Selasa) iaitu Cuti Hari Thaipusam, anak sulung dan anak kedua kami dibenarkan pulang dari asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu kerana terputus bekalan air paip. Saya mengambil mereka berdua di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat sebab mereka menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah. Sejak 09/01/2022 (Ahad), kami telah menghantar mereka berdua pulang ke asama, pelajar-pelajar sekolah cuma menggunakan air dari tangki. Terbaharu, pihak sekolah memberitahu bahawa tangki air yang ada, bocor dan rosak serta tidak boleh beroperasi bagi menampung air untuk disalurkan ke sekolah dan asrama. Proses membaiki tangki air mengambil masa yang lama. Oleh itu, semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah kecuali calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Persekolahan Penggal 3, Sesi 2021/2022 sedang berjalan. Pelajar-pelajar yang pulang ke rumah meneruskan aktiviti PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah). Apabila masalah air di sekolah dan asrama selesai nanti, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar.

Hari ini, pada 22/01/2022 (Sabtu), isteri saya dan warga Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 (Senada) telah menghadiri Majlis Segunung Kasih, Sejambak Budi, Setinta Kenangan 2021/2022 di Royale Chulan Hotel (Jalan Conlay), Kuala Lumpur anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Senada. Tema warna ialah putih dan ungu.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.