Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini selepas berjalan-jalan di sekitar Kajang dan Semenyih tadi. Solat Zohor di surau restoran. Kami makan Nasi Arab (Mandy Lamb) dengan Ice Lemon Tea (RM27.00), Chicken Folder and Fries (RM16.00), Ice Lemon Tea (RM3.00) dan service charge (RM2.75). Saya telah membayar sebanyak RM48.75 untuk harga makanan dan minuman menggunakan Kad Debit VISA.
Jam 3:53 petang, saya mula bergerak memandu Proton Exora dan kami meninggalkan kawasan restoran. Jarak perjalanan pulang dari restoran ini ke rumah TJ ialah kira-kira 16 kilometer sahaja (jika melalui jalan raya biasa termasuk Lebuhraya Kajang - Seremban E21 dari Plaza Tol Eco Majestic ke Plaza Tol Kajang Selatan dengan bayaran tol sebanyak RM2.00).
Sejak pagi tadi kami berjalan-jalan di sekitar Kajang dan Semenyih. Bersarapan pagi di Gerai Tepi Kebun, Nombor 3, Jalan 5, Taman Desa Ros, 43000 Kajang, Selangor yang telah beberapa kali kami pergi sebelum ini. Kemudian mengisi petrol di stesen minyak Petronas Jalan Semenyih dan terus ke EcoHill di Semenyih. Singgah melihat kawasan Adventure Park. Pergi ke tempat lain yang berhampiran dan meninggalkan kenderaan, bersiar-siar di South Creek. Berteduh seketika kerana hujan turun. Kami ke Setia EcoHill Mall dan juga ke Eco Majestic (Restoran Nasi Arab Ali Habi).