Saya memandu Proton Exora membawa isteri dan anak-anak ke bandar Jasin melalui jalan raya M129 (Taman Sri Kemendor dan Taman Kelubi Idaman berhampiran Kolej Vokasional). Saya masuk pula ke M116 (Jalan Sidang Haji Md Nor) iaitu Jalan Kelubi dan terus ke 144, jalan raya di bandar Jasin.
Menurut sumber daripada Wikipedia.org, sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 iaitu di kawasan Kesang Pajak yang mengikut aliran sungai. Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil. Seorang pendatang berketurunan Bugis, Mat Yasin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau telah mendapat kerjasama pihak Inggeris dan kawasan itu dipanggil Jasin (mengikut sebutan orang Inggeris) bersempena dengan nama Yasin. Sejak itu bandar Jasin mula berkembang.