Pingpong juga dikenali sebagai tenis meja. Permainan yang
dimainkan oleh dua atau empat orang dengan menggunakan pemukul dan bola
plastik, pemain berada di atas lantai dan memukul bola di atas meja yang
direntangi jaring.
Ukuran sebuah meja pingpong ialah 9 kaki x 5 kaki. Tinggi
meja dari lantai lapangan ialah 2.5 kaki.
Pemain pingpong memukul bola berulang-alik di atas sebuah
meja yang mempunyai jaring di tengahnya menggunakan bet atau pemukul. Pemain
cuma boleh memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya dan
mesti mengembalikannya supaya ia melantun di bahagian lawan. Permainan ini
boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini laju dan
memerlukan reaksi pantas. Permain yang mahir boleh memberikan putaran pada bola
yang membuatkannya melantun pada arah yang sukar dijangka, sekaligus
menyukarkannya dibalas.
Pingpong merupakan sejenis
sukan dan permainan yang boleh dimainkan di dalam rumah atau kawasan yang
terhad. Ia dapat memberikan kesegaran, memupuk semangat
dan mengurangkan tekanan.
Sukan ini lebih selamat dan menyihatkan berbanding yang
lain. Hanya memerlukan kemahiran yang rendah, menyebabkan semua orang boleh
bermain. Cuma memerlukan dua atau empat orang pemain, bermaksud semua orang boleh
beriadah pada masa yang sama. Permainan pingpong amat sesuai untuk sebuah
keluarga yang hendak bersukan dan beriadah di kawasan rumah.