Hari ketiga puluh sembilan, 7 Jun 2026 (Ahad) 21 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 berada di Bilik 352 (bilik berenam) serta Bilik 362 (bilik berenam), Hotel Abraj AL-Janadriyah yang dikenali sebagai AL-Janadriyah Towers Hotel (JTH). Maktab 66. Kami berdua daripada jemaah haji KT040B dengan Tabung Haji (TH). Subuh di Masjid Haram. Berada di AL-Bukhari Restaurant pada waktu pagi (menu istimewa, kari unta). Cuaca tengah hari di Mekah, suhunya boleh mencapai sehingga 45 darjah celcius. Zohor di ruang solat JTH tingkat 3. Pihak pengurusan TH menyediakan makan tengah hari dan makan malam untuk jemaah haji. Asar di ruang solat JTH tingkat 3. Berada di AL-Bukhari Restaurant pada waktu petang. Maghrib dan Isyak di Masjid Haram.Hari keempat puluh, 8 Jun 2026 (Isnin) 22 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 di JTH. Subuh di ruang solat JTH tingkat 3. Berada di Hajj Cafeteria JTH tingkat G pada waktu pagi. Berada di kawasan lapang JTH tingkat P. Jeehan75 dan Lina78 berada di dalam Bas H yang disediakan oleh pihak Nozoly. Ziarah Taif (balik hari). Pakej sehari tanpa bermalam (RS220.00 × 2). Di pasar buah-buahan AL-Hada, sate unta AL-Hada, kereta kabel AL-Hada, makan tengah hari berhampiran kilang bunga mawar dan Masjid Abdullah bin AL-Abbas serta kawasan sekitarnya termasuk laluan bersejarah Nabi Muhammad s.a.w. ketika berdakwah di Taif. Asar dan Zohor (jamak qasar) di Masjid Qarn AL-Manazil atau Masjid AS-Sayl AL-Kabir. Berniat ihram umrah di Miqat Qarn AL-Manazil. Maghrib di surau JTH tingkat P. Isyak di ruang solat JTH tingkat 3. Tawaf dan sai menggunakan 'Electric haram cart service' (RS200.00 × 2) serta tahallul di Masjid Haram. Berada di AS-Safwah Towers, tingkat 2 pada waktu malam.
Hari keempat puluh satu, 9 Jun 2026 (Selasa) 23 Zulhijjah 1447. Berada di Dataran Masjid Haram. Jeehan75 dan Lina78 di JTH. Subuh di ruang solat JTH tingkat 3. Jemur pakaian di kawasan luar JTH tingkat 15. Suhu di Mekah amat panas pada waktu tengah hari. Zohor di ruang solat JTH tingkat 3. Makan makanan TH sambil duduk di depan lif JTH tingkat 3. Asar di ruang solat JTH tingkat 3. Angkat pakaian di kawasan luar JTH tingkat 15. Berada di Hajj Cafeteria JTH tingkat G pada waktu petang. Maghrib dan Isyak di Masjid Haram.
Hari keempat puluh dua, 10 Jun 2026 (Rabu) 24 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 di JTH. Subuh di Masjid Haram. Berada di The Clock Towers, tingkat 3 pada waktu pagi. Makan di Uzbek Foods dan minum di Sole. Tawaf sunat di tempat tawaf berhampiran Kaabah di Masjid Haram. Taklimat pengurusan TH di ruang solat JTH tingkat 3 pada waktu pagi. Suhu di Mekah amat panas pada waktu tengah hari. Zohor di ruang solat JTH tingkat 3. Makan makanan TH sambil duduk di depan lif JTH tingkat 3. Asar di Masjid Abu Tamim. Berada di Hajj Cafeteria JTH tingkat G pada waktu petang. Maghrib dan Isyak di Masjid Haram.
Hari keempat puluh tiga, 11 Jun 2026 (Khamis) 25 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 di JTH. Subuh di Masjid Haram. Berada di The Clock Towers, tingkat 4 pada waktu pagi. Makan di Rosso (Pizza) dan minum di N9 Cup Cafè (Coffee). Tawaf sunat di tempat tawaf berhampiran Kaabah di Masjid Haram. Berada di kawasan Masjid Sepanduk (AR-Rayah), Masjid Pokok (ASH-Shajarah) dan Masjid Jin (AL-Jinn). Berada di Manarat Ghazzah Market pada waktu pagi. Suhu di Mekah amat panas pada waktu tengah hari. Zohor di ruang solat JTH tingkat G. Makan makanan sabil sambil duduk di depan lif JTH tingkat 3. Pihak pengurusan TH menimbang beg bagasi kargo kepunyaan jemaah haji KT040B di depan lif (kawasan sama di ruang solat) JTH tingkat 3 pada waktu petang untuk dihantar ke lapangan terbang. Asar di JTH tingkat 3. Berada di Hajj Cafeteria JTH tingkat G pada waktu petang. Maghrib dan Isyak di Masjid Haram.
Hari keempat puluh empat, 12 Jun 2026 (Jumaat) 26 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 di JTH. Subuh di Masjid Haram. Berada di pameran (muzium) yang terletak di perluasan Arab Saudi ketiga di Masjid Haram (100 - B) berhampiran pintu masuk di Pintu Raja Abdullah (Pintu 100). Berada di AS-Safwah Towers, tingkat 2 pada waktu pagi. Beli makanan dari Ashoor Restaurant. Berada di The Clock Towers, tingkat 3 pada waktu pagi. Beli minuman dari Juiceco. Makan dan minum di medan selera di The Clock Towers, tingkat 3. Singgah solat sunat di Masjid Haram. Suhu di Mekah amat panas pada waktu tengah hari. Jumaat di Masjid Haram. Makan makanan TH sambil duduk di depan lif JTH tingkat 3. Asar di surau JTH tingkat P. Berada di The Clock Towers, tingkat 3 pada waktu petang. Makan di Tùrk Restaurant dan minum di Sole. Maghrib dan Isyak di ruang solat The Clock Towers tingkat 9 untuk lelaki serta tingkat 10 untuk perempuan (disahkan bersambung dengan Masjid Haram dan mengikut Imam yang sama di masjid). Tawaf widak (wadak) di tempat tawaf berhampiran Kaabah di Masjid Haram.
Hari keempat puluh lima, 13 Jun 2026 (Sabtu) 27 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 di JTH. Hari terakhir berada di Mekah pada tahun 2026 ini kerana mahu ke Jeddah. Menurut pihak pengurusan TH (e-Taib by Qiscus), tiada maklumat khusus dalam sumber yang ada mengenai larangan bergambar selepas tawaf wadak di Mekah atau kawasan lapangan terbang di Jeddah. Ketika ini, saya dan isteri masih berada di surau JTH tingkat P, menunggu bas bersama jemaah haji yang lain untuk KT040B. 2:33 AM (waktu Arab Saudi) bersamaan dengan 7:33 AM (waktu Malaysia). Arab Saudi (GMT+3) dan Malaysia (GMT+8).