Sabtu, 30 Mei 2026

Perjalanan Haji 1447 Minggu 4 Sesi 2026

Hari kedua puluh lima, 24 Mei 2026 (Ahad) 7 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 berada di Bilik 352 (bilik berenam) serta Bilik 362 (bilik berenam), Hotel Abraj AL-Janadriyah yang dikenali sebagai AL-Janadriyah Towers Hotel (JTH). Maktab 66. Kami berdua daripada jemaah haji KT040B dengan Tabung Haji (TH). Jemaah haji telah dinasihati oleh pihak pengurusan TH supaya mengurangkan pergerakan berjalan kaki kerana Hari Wukuf atau Hari Arafah hampir tiba. Persiapan ke Masyair (tempat-tempat suci) iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina. Subuh di Masjid Haram dan ada yang menunaikannya secara berjemaah di ruang solat JTH tingkat 3. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu pagi. Zohor di Masjid Abu Tamim. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu tengah hari. Pihak pengurusan TH menyediakan makan tengah hari dan makan malam untuk jemaah haji. Asar di ruang solat JTH tingkat 3. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu petang. Maghrib di Masjid Abu Tamim. Asar di ruang solat JTH tingkat 3.

Hari kedua puluh enam, 25 Mei 2026 (Isnin) 8 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78, Subuh di ruang solat JTH tingkat 3. Jemaah haji telah dinasihati mengurangkan pergerakan berjalan kaki kerana persiapan ke Masyair. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu pagi. Zohor dan Asar (jamak tamam) di JTH tingkat 3. Niat ihram di hotel (termasuk dalam enam perkara Rukun Haji). Jeehan75 dan Lina78 berada di Arafah (Hari Tarwiyah). Berada di Khemah 3 (Pintu 261) dan Khemah 11 (Pintu 298). Maghrib dan Isyak (jamak tamam) di khemah Arafah.

Hari kedua puluh tujuh, 26 Mei 2026 (Selasa) 9 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 berada di Arafah, Subuh di khemah Arafah. Pihak pengurusan TH menyediakan makanan dan minuman sepanjang waktu di Arafah. Zohor dan Asar (jamak tamam) di khemah Arafah. Wukuf di Arafah (termasuk dalam enam perkara Rukun Haji). Mendengar khutbah Arafah. Perbanyakkan berdoa, berzikir dan berselawat pada Hari Wukuf atau Hari Arafah. Maghrib dan Isyak (jamak tamam) di khemah Arafah. Bermalam di Muzdalifah (termasuk dalam enam perkara Wajib Haji).

Hari kedua puluh lapan, 27 Mei 2026 (Rabu) 10 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 berada di Muzdalifah. Berada di Mina. Berada di Khemah A (Pintu 53) dan Khemah B (Pintu 99). Subuh di khemah Mina. Pihak pengurusan TH menyediakan makanan dan minuman sepanjang waktu di Mina. Melontar di jamrah ketiga (Aidiladha) pada waktu pagi. Berada di Restoran Biladi. Tahallul pertama (bebas 10 daripada 13 larangan ihram), kami bergunting di jamrah dan saya bercukur di khemah (termasuk dalam enam perkara Rukun Haji). Zohor dan Asar (jamak tamam) di khemah Mina. Maghrib dan Isyak (jamak tamam) di khemah Mina. Bermalam di Mina (termasuk dalam enam perkara Wajib Haji).

Hari kedua puluh sembilan, 28 Mei 2026 (Khamis) 11 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 berada di Mina. Subuh di khemah Mina. Melontar di jamrah pertama, jamrah kedua dan jamrah ketiga pada waktu pagi. Zohor dan Asar (jamak tamam) di khemah Mina. Maghrib dan Isyak (jamak tamam) di khemah Mina. Bermalam di Mina (termasuk dalam enam perkara Wajib Haji).

Hari ketiga puluh, 29 Mei 2026 (Jumaat) 12 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 berada di Mina. Subuh di khemah Mina. Melontar di jamrah pertama, jamrah kedua dan jamrah ketiga pada waktu pagi (Nafar 1). Jeehan75 dan Lina78 kembali berada di JTH. Jumaat di Masjid Haram. Berada di Restoran Ayam Goreng Kentucky selepas waktu tengah hari. Asar di surau JTH tingkat P. Berada di AL-Bukhari Restaurant pada waktu petang. Maghrib di Masjid Haram. Isyak di Masjid Haram. Tawaf, sai dan tertib (termasuk dalam enam perkara Rukun Haji). Tahallul kedua (bebas kesemua 13 larangan ihram), tidak perlu bercukur dan bergunting kali kedua kerana tahallul pertama telah dilakukan pada 10 Zulhijjah 1447.

Hari ketiga puluh satu, 30 Mei 2026 (Sabtu) 13 Zulhijjah 1447. Jeehan75 dan Lina78 di JTH. Subuh di Masjid Haram. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu pagi. Zohor di Masjid Haram. Ketika ini, saya masih berada di Masjid Haram. 12:51 PM (waktu Arab Saudi) bersamaan dengan 5:51 PM (waktu Malaysia). Arab Saudi (GMT+3) dan Malaysia (GMT+8).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.