Sabtu, 28 Februari 2009

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah di luar waktu persekolahan.

Sekolah di tempat saya mengajar juga telah diadakan Kem Bestari Solat yang pertama hari ini (28 Februari 2009). Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru pendidikan Islam, GPI j-QAF, guru-guru yang terlibat sebagai fasilitator, pihak kantin sekolah, murid-murid sebagai peserta dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Diharap kem-kem yang akan datang juga berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Wassalam.

Sabtu, 7 Februari 2009

Peristiwa di Gua Hira'

Gua Hira' terletak di Jabal an-Nur. Dari Kota Mekah pula, jauhnya gua tersebut kira-kira 5 kilometer. Di situlah tempat Nabi Muhammad s.a.w. beribadat dan mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada suasana kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah yang tidak bermoral. Ketika itu baginda berumur 40 tahun.

Pada malam 17 Ramadhan, sedang baginda beribadat di Gua Hira', tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa wahyu pertama. Jibril menyuruh baginda membaca tetapi baginda tidak tahu membaca. Baginda dipeluk dan disuruh membaca sehingga 3 kali. Akhirnya baginda dapat membaca Surah al-A'laq, ayat 1 hingga 5 dengan bimbingan Jibril. Ayat tersebut merupakan wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad ketika dilantik menjadi Rasulullah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.