السلام عليكم ورحمة الله

Terlebih dahulu, saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung. Semoga ia dapat memberi faedah kepada pembaca sekalian.

Sabtu, 7 Februari 2009

Peristiwa Di Gua Hira'

Gua Hira' terletak tidak jauh dari Jabal an-Nur. Dari Kota Mekah pula, jauhnya gua tersebut kira-kira 5 kilometer. Di situlah tempat Nabi Muhammad s.a.w. beribadat dan mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada suasana kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah yang tidak bermoral. Ketika itu baginda berumur 40 tahun.

Pada malam 17 Ramadhan, sedang baginda beribadat di Gua Hira', tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa wahyu pertama. Jibril menyuruh baginda membaca tetapi baginda tidak tahu membaca. Baginda dipeluk dan disuruh membaca sehingga 3 kali. Akhirnya baginda dapat membaca Surah al-A'laq, ayat 1 hingga 5 dengan bimbingan Jibril. Ayat tersebut merupakan wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad ketika dilantik menjadi Rasulullah.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Catatan Popular

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Dapatkan Pelbagai Coklat Jenama Hijrah Sekarang

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Jom Main Pingpong

www.jeehan75.blogspot.com

Norjeehan Ahmad Mustapa
Daerah Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan
Malaysia