Kami bertolak dari rumah di Kajang pada waktu tengah hari. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) serta melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan serta melalui Plaza Tol Batu Tiga (RM1.10). Saya memandu keluar dari lebuhraya melalui Jalan Subang, Jalan Batu Tiga Lama, Jalan Seniman U1/44, Jalan Penyair U1/44 dan masuk ke Lot No 16858 (Glenmarie), Seksyen U1. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah sejauh kira-kira 40 kilometer sahaja. Surau, bilik air dan tandas ada disediakan di Kafe UAK (Food For All).
Kami memesan menu UAK Kampung Fried Rice (RM12.90), Spaghetti (Chicken) White Sauce (RM17.90), Mi Udang Lubok Meriam (RM12.90), Beef Pepperoni Pizza (RM18.90), Banana Split (RM7.90), Teh Tarik (RM3.50), Milo Ais (RM3.90), Teh Epal Ais (RM3.90) dan Air Kosong Ais (RM0.90). Saya telah membayar sebanyak RM82.70 untuk harga makanan dan minuman selepas menunaikan solat Zohor di surau Kafe UAK.