Seri Kembangan, 25/08/2017 - Saya dan isteri telah berada di Pusat Pameran Mines (Mines Exhibition Centre) kerana menghadiri Halal Fiesta Asean (Halfest Asean 2017) Edisi Keenam yang merupakan Ekspo Halal Terbesar Malaysia. Ia diadakan pada 23, 24, 25, 26 dan 27 Ogos 2017 (Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad) mulai jam 11:00 pagi hingga 9:00 malam. ASEAN merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang dianggotai oleh Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste.
Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA (South-East Asia) Ke-29 berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 di Malaysia. Ia merupakan sebuah temasya sukan dwitahunan (diadakan setiap dua tahun). Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA Ke-29.
Mines Exhibition Centre terletak antara 11 hingga 16 kilometer sahaja dari rumah kami di Kajang kerana terdapat dua pilihan jalan raya sama ada melalui Taman Mesra, Kampung Sungai Balak dan Lebuhraya Kajang SILK (E18) atau melalui Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), Jalan Balakong dan Lebuhraya Kajang SILK (E18). Tiga orang anak kami berada di sekolah agama ketika ini. Saya memandu kereta ke Seri Kembangan ditemani oleh isteri.
Lebih 500 ruang pameran disediakan dengan pelbagai jenis produk. Kira-kira 450 orang usahawan industri halal terlibat dengan Halfest Asean 2017 ini. Semua pelawat boleh masuk dengan percuma. Perkhidmatan troli percuma juga disediakan. Kiosk makanan dan minuman turut disediakan di Halfest Asean 'Street Food Bazaar'.
Halfest Asean 2017 yang dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, buat julung kalinya menyaksikan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal sebagai penganjur dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bermatlamat meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri yang berpontesi besar ini. Tujuan utama ekspo adalah sebagai platform utama untuk menyediakan usahawan tempatan menjadi jaguh halal dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Ia juga adalah sebahagian peranan Perbadanan Pembangunan Industri Halal melalui pembangunan kapasiti dan program pemupukan untuk menyediakan usahawan halal tempatan menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau MIHAS (Malaysia International Halal Showcase).
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar