Jumaat, 1 September 2017

10 Zulhijjah 1438 dan Cuti Pertengahan Penggal 2 (2017)

Kajang, 01/09/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah kembali berada di rumah pada malam ini setelah pulang ke kampung di Kuala Lipis dan Jasin sempena cuti persekolahan kali ini. Ia adalah Cuti Pertengahan Penggal 2 yang bermula pada 26 Ogos sehingga 3 September 2017. Hari ini merupakan Hari Raya Aidiladha (Jumaat, 10 Zulhijjah 1438 bersamaan dengan 1 September 2017). Semalam pula merupakan Hari Kebangsaan Ke-60 (Khamis, 31 Ogos 2017 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1438). Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah 'Negaraku Sehati Sejiwa'.

Pada 31 Ogos 2017, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tarikh 4 September 2017 (Isnin) sebagai cuti umum sempena kejayaan kontijen negara muncul juara keseluruhan Sukan Asia Tenggara, Kuala Lumpur 2017. Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA (South-East Asia) Ke-29 berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 di Malaysia. Ia merupakan sebuah temasya sukan dwitahunan (diadakan setiap dua tahun). Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA Ke-29. Malaysia telah menamatkan saingan di Sukan SEA kali ini dengan 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa bagi muncul juara keseluruhan KL2017. 145 emas pencapaian terbaik Malaysia setakat ini. Sebanyak 18 rekod Sukan SEA dan 8 rekod kebangsaan berjaya dipecahkan oleh atlet negara.

Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar tahun Hijrah. Ibadah Haji dilakukan pada bulan ini dan Hari Wukuf atau Hari Arafah ialah pada 9 Zulhijjah. Hari Raya Korban (Aidiladha) pula disambut  pada setiap 10 Zulhijjah. Ibadah korban turut dilakukan pada tiga Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Pengikut Saya

Madaris

Naib 2007 SMKBBSL.
Dhabit 2009 SKSS.
Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
Naib 2012 SJK(C)B.
Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
Rais 2017 SKLA (SMKTK).
Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).