Isnin, 11 September 2017

Masjid Jemek Pekan Kajang 2017 Berwajah Baharu

Kajang, 11/09/2017 - Saya sempat solat Subuh berjemaah dan solat Zohor berjemaah di Masjid Jamek Pekan Kajang pada hari ini. Masjid ini baru dibuka semula pada tahun 2017 setelah ditutup hampir dua tahun sejak 11 November 2015 untuk dibaik pulih. Jabatan Kerja Raya telah menjalankan kerja-kerja baik pulih tersebut. Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2017 saya dapat kembali bersolat di sini sejak ia ditutup pada tahun 2015.

Hari ini, waktu solat di Kajang atau azan untuk solat fardu ialah Subuh pada jam 5:50 pagi, Zohor pada jam 1:13 petang, Asar pada jam 4:13 petang, Maghrib pada jam 7:16 malam dan Isyak pada jam 8:25 malam.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk. (Surah At-Taubah: Ayat 18).

Masjid Jamek Pekan Kajang telah dibina sekitar tahun 1960-an apabila wujudnya bandar Kajang. Ia merupakan keperluan ibadah bagi masyarakat Kajang. Ada juga yang mengatakan ia dibina pada 1 Januari 1970. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor Ke-8) telah merasmikan masjid ini pada 14 Mei 1971. Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960 hingga 2001). Baginda mangkat pada umur 75 tahun (21 November 2001).

Solat Asar berjemaah pula, saya sempat tunaikan di Surau Raudhatul Firdaus. Yang penting, pada kali ini saya diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk solat mengikut Imam bermula daripada rakaat pertama bagi Subuh, Zohor dan Asar.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.