Sabtu, 25 Disember 2010

Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SMAPT 2010

Ampang, 25/12/2010 – Bertempat di Restoran Istana Bambu, Lot 841-842, Jalan Hulu Klang telah diadakan majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku (SMAPT). Saya bersama dua orang anak tiba kira-kira jam 12:30 tengah hari di restoran ini dan mendaftarkan kehadiran. Isteri dan anak saya yang ketiga tinggal di rumah sahaja kerana pada hari semalam umurnya baru mencecah satu bulan.

Saya dan rakan-rakan telah merancang untuk mengadakan majlis pertemuan ini susulan daripada perjumpaan bekas pelajar SMAPT di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, Jalan Melati 4, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur pada 20 Jun 2010 iaitu kira-kira enam bulan yang lepas. Di samping itu juga, kami telah mengumumkannya di laman sosial Facebook. Nampaknya pada perjumpaan kali ini lebih ramai yang hadir.

Saya bertindak sebagai pengacara majlis menyampaikan ucapan dan seterusnya memimpin bacaan doa'. Juga mengucapkan selamat datang kepada rakan-rakan yang hadir. Ada yang datang secara individu dan ada yang hadir bersama keluarga.

Majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan solat Zohor. Sementara itu diadakan juga cabutan bertuah dan teka gula-gula di dalam balang. Ia diteruskan dengan majlis ramah mesra dengan bertanya khabar, bertukar-tukar nombor telefon dan sebagainya.

Akhir sekali, kami bergambar beramai-ramai. Masa untuk bersurai telah tiba. Bersalam-salaman dengan ucapan terima kasih, jumpa lagi dan lain-lain. Saya dan dua orang anak bergerak pulang ke rumah meninggalkan Restoran Istana Bambu kira-kira jam 3:20 petang. Seorang rakan bersama isterinya memandu kereta mengekori kereta saya dari belakang dan menziarahi kami sekeluarga di rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.