Sabtu, 29 Januari 2011

Jangan Hampiri Zina

Tahniah diucapkan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor kerana telah menerbitkan sebuah buku kecil (risalah) untuk dibaca, difahami dan dihayati. Ia bukan sahaja untuk bacaan murid-murid atau pelajar-pelajar di sekolah. Bahkan buku ‘Jangan Hampiri Zina’ amat sesuai dibaca oleh setiap golongan masyarakat.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan). (Surah al-Israk: Ayat 32).

Apabila berduaan seorang lelaki dan seorang perempuan, maka yang ketiganya ialah syaitan. Pintu perzinaan pun terbuka. Desakan nafsu semakin kuat. Iblis riang gembira melihat mangsa godaannya yang hampir terpedaya.

Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan mereka turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat dan rindu. Kemudian pertemuan diatur. Selepas itu, duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit untuk “privacy”. Kemudian berbual panjang dan mengasyikkan. Usik mengusik bermula, jika merajuk ada yang pujuk. Hubungan semakin rapat, sudah berani pegang tangan dan duduk semakin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan. Penghujung jalan perzinaan adalah kesengsaraan. Sedarlah, ramai orang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan ini. Kasihanilah diri sendiri. Kasihanilah kedua ibu bapa yang melahirkan kita. Jangan diconteng arang ke muka mereka. Mereka telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa setitis noda pun.

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul iaitu cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang suci. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan dan jalanan. Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Ingatlah apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, Allah berikan sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.