Ahad, 16 Januari 2011

Sistem Kedudukan Sejagat

Sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi bumi disebut sebagai Sistem Kedudukan Sejagat atau “Global Positioning System” (GPS). Alat ini digunakan di seluruh dunia sebagai pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat, kapal dan lain-lain. Pemandu kereta tidak perlu memikirkan risiko sesat kerana alat yang menggunakan pengesanan satelit pada satu-satu masa itu mampu menunjukkan arah navigasi dengan tepat. Sekumpulan antara 24 dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada penerima GPS yang membolehkan kedudukannya dikenal pasti dalam apa jua cuaca sama ada siang atau malam.

GPS pada mulanya dicipta untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat tetapi sekarang ia telah digunakan oleh orang awam untuk membantu pandu arah. Alat ini merupakan satu keperluan dalam kenderaan seperti kereta bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di jalan raya.

Fungsi GPS membolehkan pengguna mengetahui lokasi kedudukan dan arah yang hendak dituju. Kita tidak perlu menggunakan kompas dan peta lagi jika memiliki GPS. Set peta pada alat ini boleh dikemaskini secara “online” melalui internet.

Kebanyakan alat ini menggunakan skrin sesentuh untuk menentukan tempat yang dituju dengan memasukkan nama tempat tersebut sebelum memulakan pemanduan. Perisian komputer akan mengesan lokasi dan menunjukkan arah yang sepatutnya dituju bermula dari kedudukan semasa kenderaan.

Alat GPS bukan sekadar alat navigasi tetapi juga dilengkapi fungsi ejaan nama tempat yang dicari, fungsi-fungsi tempat menarik seperti senarai tempat makan, stesen minyak, transit, penginapan, pusat membeli belah, bank, tempat letak kereta, rekreasi, hospital dan lain-lain. Ia turut mempunyai fungsi menyimpan laluan yang mungkin diperlukan pada masa akan datang.

Terdapat banyak model GPS di Malaysia. Antaranya ialah alat GPS Garmin yang mampu dimiliki seperti model Garmin nuvi 1250. Jika ada pengguna yang membeli alat ini pada 7 Oktober 2010, harganya ialah RM520.00. Ukuran skrinnya ialah 3.5 inci.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.