Rabu, 27 Jun 2012

Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Langat 2012


Kajang, 27/06/2012 – Saya telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Langat di Dewan Serbaguna, Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC), Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum), saya dan seorang lagi guru hadir ke KLIUC mewakili guru-guru SKTP ke majlis sambutan kali ini.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Abdullah bin Mad Yunus, Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor. Beliau menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan majlis sambutan pada pagi tadi.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41 Tahun 2012 telah diadakan pada 16 Mei 2012. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam