Selasa, 10 Julai 2012

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011


Kajang, 10/07/2012 – Pagi tadi, saya telah pergi ke Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) di Batu 18 ½, Sungai Tangkas, Jalan Bangi kerana menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011. Saya telah dipilih sebagai salah seorang daripada penerima APC kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2011.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berhormat Datuk Haji Johan bin Abd Aziz, ADUN Semenyih. Beliau menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan majlis.

Tahun 2011, tugas-tugas saya di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) selain daripada mengajar antaranya ialah menjadi Bendahari Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF, Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf, Setiausaha Jawatankuasa Bebas Denggi, Ketua Guru Penasihat Kelab Ping-pong, Guru Penasihat Persatuan Seni, Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah, Guru Penasihat Rumah Syahbandar (Biru), Setiausaha Guru Besar, Setiausaha Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Setiausaha Pelan Strategik Sekolah, Ahli Jawantankuasa Unit Tindakan Tata Tertib, Pegawai Stor dan Guru Bertugas Mingguan (Kumpulan 3).

Tahun 2012, saya masih mengajar di SKTP yang terletak dalam daerah Hulu Langat. Saya telah melapor diri di SKTP pada 14 Februari 2005 sebagai guru pelatih. Ketika itu, saya sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF Ambilan Januari 2005 di Institut Perguruan Islam Selangor.

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Program ini telah dilaksanakan mulai tahun 2005.

Saya merupakan peserta program j-QAF kohort pertama, opsyen Bahasa Arab (pengkhususan Pengajian Bahasa Arab). Saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir yang telah diadakan pada bulan Jun 2006.

Mengimbau kembali tarikh-tarikh penting ketika saya di SKTP. Pelantikan tetap pada 1 Ogos 2006, pengesahan jawatan pada 1 Ogos 2007 dan masuk ke jawatan berpencen pada 1 Mac 2010.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.