Khamis, 17 Januari 2013

Izzuddin al-Qassam Menggerunkan Yahudi

Beliau bukan orang Palestin, namun namanya dikenali oleh penduduk Palestin dan sinonim dengan perjuangan pembebasan Palestin. Beliau menjadi sumber inspirasi yang mencetus dan mengobarkan semangat jihad untuk bangun berjuang menentang penjajahan kuffar dan pendudukan haram Yahudi ke atas bumi Palestin.

Beliau merintis laluan ke syurga melalui jihad yang tidak mengenal sempadan geografi. Beliaulah ikon kebanggaan yang namanya sentiasa bergetar dan semangatnya sentiasa bergelora dalam jiwa para mujahidin Palestin yang cintakan syahid.

Muhammad Izzuddin bin Abdul Qadir Mustafa al-Qassam dilahirkan pada tahun 1882 di Jablah, Syria. Beliau membesar dalam lingkungan keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama.

Izzuddin mendapat pendidikan awal di madrasah tempatan di mana beliau belajar bahasa Arab, al-Qur’an dan hadis. Menginjak usia 15 tahun, beliau dihantar ke Universiti al-Azhar untuk mempelajari undang-undang Islam. Di bumi Kinanah itu, beliau berkesempatan belajar daripada Syeikh Muhammad Abduh dan bersahabat dengan Muhammad Rashid Ridha. Syeikh Muhammad Abduh adalah mujahid terkemuka kurun ke-19 yang telah meniupkan semangat baru khususnya di Mesir dan Timur Tengah. Manakala Muhammad Rashid Ridha pula adalah seorang pemikir dan reformis yang mempelopori gerakan pembaharuan dan perjuangan di dunia Islam.

SUMBER: Anis. Januari 2013.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.