Ahad, 8 Mei 2016

Sukan Tahunan Tadika PH @ Karnival Impian Murni 2016

Kajang, 08/05/2016 - Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan hari sukannya yang ketujuh pada pagi tadi di padang berhampiran Jalan Impian Murni 2, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung dan anak kedua saya pernah belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Sukan tahunan tadika kali ini diadakan bersama dengan Karnival Impian Murni 2016. Karnival dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kajang, Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2), Surau Raudhatul Firdaus (SRF) dan TPH dengan aktiviti menarik, aneka gerai pameran serta jualan dari pagi hingga ke tengah hari tadi.

Malam semalam, saya telah menghadiri Forum Perdana Israk dan Mikraj di SRF yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden 1 ISMA dan Hajah Hasimah Salleh, Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami berada di padang berhampiran Jalan Impian Murni sejak pagi lagi. Anak ketiga kami mewakili Rumah Merah (Yahya). Dua buah rumah sukan lagi ialah Rumah Kuning (Yassin) dan Rumah Hijau (Rantisi). Juara keseluruhan sukan tahunan kali ini ialah Yassin (Rumah Kuning).

Tahniah diucapkan kepada ISMA Cawangan Kajang, PPJIM2, SRF dan pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya menganjurkan Karnival Impian Murni 2016 serta Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan Kali Ke-7 dengan tema flora. Motto TPH pula berbunyi 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam