Rabu, 15 April 2020

PKP Fasa 3 Mulai 15 April 2020

Kajang, 15/04/2020 - Saya, isteri, empat orang anak kami dan emak mentua saya sedang berada di rumah ketika ini. "Movement Control Order" atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 berkuatkuasa hari ini (Rabu, 15 April 2020) hingga Selasa, 28 April 2020 bagi mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Ia lanjutan daripada PKP Fasa 1 (18 Mac hingga 31 Mac 2020) dan PKP Fasa 2 (1 April hingga 14 April 2020). PKP Fasa 1 dan Fasa 2 ialah kuarantin 28 hari. Aktiviti pembelajaran anak-anak serta pengajaran di sekolah saya dan isteri, kami teruskan di rumah kerana cuti PKP Fasa 3 ditambah 14 hari lagi. Hari ini ialah PKP hari ke-29.

PKP dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Ketika PKP Fasa 1 dan Fasa 2 dilaksanakan, pihak polis bersama tentera yang mengadakan sekatan jalan raya telah menahan serta menangkap individu-individu ingkar PKP. Ketua keluarga yang memandu kenderaan persendirian masih dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan harian.

PKP berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini kerana PKPD melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beberapa kawasan telah terlibat dengan PKPD ketika pelaksanaan PKP Fasa 1 dan Fasa 2.

Jom kita hargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berusaha menangani penularan wabak Covid-19. Kita hendaklah sentiasa berada di rumah bagi membantu mereka menghentikan rantaian penularan wabak ini. Antara barisan hadapan yang dimaksudkan ialah petugas perubatan serta pasukan unit HAZMAT (Hazardous Material) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Mereka sentiasa mengenakan pakaian PPE (Personal Protective Equipment) iaitu Peralatan Perlindungan Peribadi.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi terkini wabak Covid-19 setakat jam 5:00 petang semalam (Selasa, 14 April 2020) ialah 170 (kes baharu), 4987 (jumlah kes keseluruhan), 2427 (kes aktif sedang dirawat), 2478 (sembuh/ discaj) dan 82 (kematian).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.