Rabu, 13 Januari 2021

PKP 2.0 Melibatkan 6 Negeri Mulai 13 Januari 2021

Kajang, 13/01/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-302. Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah kerana mematuhi PKP 2.0 yang berkuat kuasa hari ini. Elakkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja dan gunakan pelitup muka. Sekatan Jalan Raya (SJR) telah bermula pada jam 12:01 tengah malam tadi. Pergerakan rentas daerah/ negeri di kawasan PKP dan rentas negeri di kawasan PKP Bersyarat serta PKP Pemulihan memerlukan kebenaran polis untuk melepasi SJR. 

PKP 2.0 sedang dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

PKP Bersyarat pula sedang dilaksanakan di enam buah negeri lain iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang juga bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

PKP Pemulihan di Malaysia (1 Januari hingga 31 Mac 2021) sedang dilaksanakan bagi Perlis serta Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan jika tiada perubahan.

PKP Diperketatkan juga masih berkuat kuasa di beberapa kawasan yang terlibat. Ia melibatkan kawasan yang lebih kecil daripada sesebuah daerah atau negeri. Cuma pelaksanaannya lebih ketat bebanding PKP yang lain kerana PKP Diperketatkan melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Selangor ialah 1086 orang pada 08/01/2021 (Jumaat), 564 orang pada 09/01/2021 (Sabtu), 730 orang pada 10/01/2021 (Ahad), 557 orang pada 11/01/2021 (Isnin) dan 1007 orang pada 12/01/2021 (Selasa).

Kes baharu Covid-19 dari 8 hingga 12 Januari 2021 di Malaysia ialah 2643 orang pada 08/01/2021 (Jumaat), 2451 orang pada 09/01/2021 (Sabtu), 2433 orang pada 10/01/2021 (Ahad), 2232 orang pada 11/01/2021 (Isnin) dan 3309 orang pada 12/01/2021 (Selasa).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.