Sabtu, 18 Jun 2022

Cermin Mata Multifokal Jun 2022

Kajang, 18/06/2022 - Saya mengambil cermin mata baharu yang telah ditempah dan dibeli (RM1,050.00) di Nurins Optometry, 33G, Jalan Jenaris 1, Desa Sri Jenaris. RM300.00 untuk bingkai (Lee Cooper) dan RM750.00 untuk kanta (ultimate 1.56 photochromic). Ia adalah jenis cermin mata multifokal. Ada beberapa jenis kanta pada satu cermin mata. Saya mengalami rabun dekat.

Sejak hari Isnin, 11 Mei 2020, saya memakai cermin mata dengan satu jenis kanta sahaja untuk rabun dekat. Mulai hari ini (Sabtu, 18 Jun 2022), saya memakai cermin mata multifokal.

Apa itu kanta multifokal? Kanta multifokal ialah kanta yang direka khas untuk orang yang berumur 40 tahun ke atas. Saya berumur 47 tahun pada 2022. Ini kerana orang yang berumur 40 tahun ke atas akan mengalami 'presbyopia' iaitu penurunan kemampuan lensa mata untuk berfokus melihat sesuatu objek pada jarak pandang yang dekat. Orang yang berumur 40 tahun ke atas sangat digalakkan untuk memakai kanta jenis ini.

Kanta multifokal mempunyai tiga jarak dalam satu cermin mata iaitu jarak jauh, jarak pertengahan dan jarak dekat. Kanta multifokal juga mempunyai kawasan kabur di kiri dan kanan cermin mata.

Cara pemakaian kanta multifokal yang betul ialah pakai cermin mata kita dalam keadaan yang selesa iaitu pastikan tidak terlampau labuh dan tidak terlampau ke atas. Pastikan kedudukan kepala kita berada dalam keadaan tegak dan ke hadapan.

Dengan menggunakan otot mata, gerakkan anak mata kita ke atas untuk melihat kawasan jauh. Gerakkan anak mata ke kawasan pertengahan untuk melihat kawasan pertengahan. Gerakkan anak mata ke kawasan bawah untuk melihat kawasan membaca.

Selesakan pergerakan anak mata untuk menggunakan ketiga-tiga pembahagian pada cermin mata. Pastikan semasa memandu kenderaan, kita perlu menggerakkan kepala dan jangan menjeling kerana dengan jelingan, kita akan melihat kawasan kabur. Tolehkan kepala untuk melihat cermin sisi pada kenderaan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.