Isnin, 1 Ogos 2022

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2022

Semenyih, 01/08/2022 - Sekolah Kebangsaan Semenyih menjadi tuan rumah latihan pemilihan pusat atlet Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Langat untuk kategori bawah 12 tahun (sekolah rendah) dan kategori bawah 15 tahun serta bawah 18 tahun (sekolah menengah) bagi sukan sepak takraw untuk ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) Selangor di Klang.

Pada akhir bulan lepas iaitu 26 dan 27 Julai 2022, Sekasih telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Langat 2022 untuk kategori bawah 12 tahun (sekolah rendah) di Dewan Seri Budiman.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijangka akan diadakan pada awal bulan September 2022 selepas MSSN Selangor pada bulan Ogos 2022 dan MSSD Hulu Langat pada bulan Julai 2022. Terengganu ialah tuan rumah MSSM 2022 bagi sukan sepak takraw.

Bagi peringkat keluarga, anak pertama saya telah menyertai Kejohanan Catur P17 MSSD Jelebu 2022 dan anak kedua layak menyertai Kejohanan Catur L15 MSSN Negeri Sembilan 2022. Anak ketiga pula menyertai Kejohanan Pingpong L12 MSSD Hulu Langat 2022. Sebagai tambahan, anak ketiga juga menggantikan orang lain menyertai Kejohanan Catur L12 MSSD Hulu Langat 2022.

Saya mengajar di Sekasih dan isteri mengajar di Senada. Anak keempat dan anak kelima kami masih berada di taska.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.