Jumaat, 9 Disember 2022

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022

Kajang, 09/12/2022 - Dua orang anak kami berada di asrama sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Petang ini, mereka berdua menaiki bas sewa khas dari sana dan akan pulang ke Selangor. Anak yang belajar di sekolah kebangsaan sesi pagi, sedang belajar pula di sekolah agama sesi petang. Dua orang anak lagi masih berada di taska. Saya dan isteri yang mengajar di Sekasih serta Senada sudah berada di rumah SI ketika ini.

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 yang juga dikenali sebagai Selangor International Book Fair (SIBF) 2022 sedang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam). MBSA Convention Centre terletak di Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi SIBF 2022 pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis dari jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam. Ia beroperasi mulai 1 hingga 11 Disember 2022 iaitu selama 11 hari. Masuk adalah percuma.

06/12/2022 (Selasa) - Isteri saya, guru-guru dan murid-murid Senada termasuk seorang anak kami telah pergi ke SIBF 2022 dengan menaiki dua buah bas.

07/12/2022 (Rabu) - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke SIBF 2022 dengan menaiki kereta Perodua Bezza yang saya pandu dari rumah SI. Dua orang anak kami yang lain berada di asrama sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Kami berlima pergi ke Shah Alam kerana pihak SIBF 2022 telah menghubungi isteri saya pada waktu tengah hari memberitahunya bahawa dia ialah pemenang cabutan bertuah (RM500.00).

08/12/2022 (Khamis) - Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia 2022 dan Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia 2018 juga telah pergi ke SIBF 2022.

Menteri Pendidikan Malaysia 2022 hadir kerana meraikan jemputan penganjur dalam majlis pelancaran buku cerita (Young Emerging Talents) Sekolah Seni Kuala Lumpur. Dr Maszlee Malik pula telah menghadiahkan sebuah buku (CPR for Malaysian Education) kepada Yang Berhormat Fadhlina Sidek sebagai sokongan terhadap beliau.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.