Rabu, 28 Februari 2024

Percutian ke Kelantan dan Terengganu 2024

Anak sulung tidak bercuti sempena Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024 kerana dia sedang belajar peringkat Diploma di tempat pengajiannya. Biasanya kami bercuti seramai tujuh orang ketika anak-anak masih berada di peringkat sekolah sebelum menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cuti kami tidak sama lagi sejak ada anak yang sudah terlibat dengan peperiksaan SPM. RM1,709.75 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Kami bercuti di Kelantan dan Terengganu. Berada di Kelantan selama 3 hari 2 malam dan Terengganu 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik B1, D'Kelate Artstay (Inap Seni Kelate), Kampung Peringat (Jalan Peringat - Bachok), 16450 Melor, Kelantan dan Bilik 208, Intan Beach Resort, Tepi Pantai Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

Di Kelantan, kami menginap di artstay (inap seni) iaitu sebuah bilik dengan sebuah katil kelamin. Tilam tambahan ada disediakan di bawah katil. Mempunyai sebuah tandas (bilik air) dan singki dengan kabinet di dalam bilik. Kolam renang kecil jenis intex terletak di luar bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Melalui internet (Booking.com), tempahan bilik (artstay) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (RM156.80) untuk penginapan 3 hari 2 malam.

Di Terengganu, kami menginap di resort iaitu sebuah bilik dengan sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang. Mempunyai sebuah tandas (bilik air), kabinet, almari, meja bercermin besar dan kerusi di dalam bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (resort) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (RM151.21) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran deposit RM50.00 (tunai) dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti.

Sabtu, 24 Februari 2024 (hari pertama). Kami bertolak dari rumah TTD di Kuala Lipis pada jam 9:30 pagi. Saya memandu Proton Exora dengan bantuan peta Google pada paparan skrin Soundstream melalui jalan-jalan raya dan Central Spine Road (CSR) atau Lingkaran Tengah Utama (LTU). Jam 10:27 pagi, kami sampai ke sempadan dua negeri iaitu Pahang dan Kelantan (daerah Lipis dan jajahan Gua Musang) di CSR atau LTU. Isi petrol di Petronas Gua Musang (RM50.00) kira-kira jam 11:00 pagi. Kami melawat Masjid Razaleigh Bandar Gua Musang sambil minum empat air tin (RM10.00). Kami makan tengah hari di Irdina Nasi Kukus (RM45.50). Kami meneruskan perjalanan di jalan raya (laluan persekutuan) di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang menghala ke Kota Bharu. Kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan bandar Kuala Krai dan Machang. Beberapa minit sebelum jam 5:00 petang, kami sampai dan mendaftar masuk ke Inap Seni KlatePerjalanan sejauh 273 kilometer dari rumah TTD di Kuala Lipis ke D'Klate Artstay di Melor termasuk kira-kira dua jam bersiar-siar di bandar Gua Musang. Kami keluar selepas mandi di kolam renang kecil, solat berjemaah dan makan malam di Mentari Kopitiam, 15200 Kota Bharu (RM56.60). Kami pulang ke artstay. Berehat dan tidur.

Ahad, 25 Februari 2024 (hari kedua). Bangun pagi, solat Subuh dan kami bersarapan di Bilik B1. Bersiap diri dan pergi ke bandar Kota Bharu. Isi petrol di Petronas KM 5 Jln Sultan Yahya Petra (RM50.00). Kesesakan lalu lintas di bandar ketika saya memandu kenderaan menuju ke Pasar Besar Siti Khadijah. Kenderaan diletakkan di depan Kedai Emas Che Rahmah & Wan Hussin Sdn Bhd, Jalan Buluh Kubu berhampiran pasar besar. Parkir kenderaan menggunakan aplikasi Flexi Parking (RM2.00) dan kami ke pasar besar. Kami membeli-belah di sini (RM40.00). Makan tengah tengah hari (RM49.00). Kami sambung membeli-belah dan sebagainya di Pasar Besar Siti Khadijah (RM168.00). Kami keluar dari pasar besar dan berjalan kaki singgah membeli minuman serta sedikit makanan di tepi jalan (RM10.00) sehingga sampai ke Pintu Kota Sultan Ismail Petra. Ia merupakan simbol negeri Kelantan yang terkenal sehingga ke hari ini. Berjalan kaki lagi dan membeli barangan di tepi jalan (RM15.00). Kami masuk ke Istana Jahar iaitu Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (RM6.00). Berjalan kaki ke Masjid Muhammadi Kota Bharu dan solat. Kami mendapatkan kenderaan dan saya memandu ke Bazar Tok Guru. Parkir kenderaan menggunakan aplikasi Setel Petronas (RM0.80). Mencari kedai rakan yang  berniaga di lot A119 iaitu Sharif Batik. Saya membelikan untuk isteri kain pasang corak batik (RM90.00) sebagai hadiah. Membeli-belah juga di kedai lain Bazar Tok Guru (RM20.00). Sharif batik memandu Honda Jazz bersama keluarganya dan kami dengan Proton Exora mengikutnya dari belakang menuju ke Kubang Kerian dalam kesesakan lalu lintas. Makan malam di Juara Ikan Bakar Perupok. Sharif sekeluarga menuju ke bandar dan kami pula menuju ke Wakaf Che Yeh. Membeli-belah di pasar malam ini (RM176.00). Kami pulang ke artstay. Solat, mandi kolam, berehat dan tidur.

Isnin, 26 Februari 2024 (hari ketiga). Bangun pagi, solat Subuh dan bersarapan di Bilik B1. Kami mendaftar keluar awal sebelum jam 12:00 tengah hari. Saya memandu Proton Exora pada jam 10:43 pagi meninggalkan kawasan artstay. Melalui Jalan Peringat - Bachok, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, Jalan Tendong - Mulong, Jalan Kuala Krai dan Jalan Persiaran Tunjung untuk makan, minum serta membeli-belah. Jam 11:00 pagi, kami tiba di Pasar Besar Mydin Tunjong, Kota Bharu. Makan dan minum di Nasken Coffee (RM127.00). Membeli-belah di Mydin (RM138.20). Kami bertolak dari tempat letak kenderaan di Pasar Besar Mydin pada jam 1:40 petang. Melalui Jalan Kuala Krai, Jalan Pasir Hor, Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (People Exspressway) dan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Melor - Ketereh. Masuk ke Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu. Jam 2:53 petang, kami sampai ke sempadan dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu (jajahan Pasir Puteh dan daerah Besut) di Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu. Di daerah Besut melalui Jerteh dan Jabi. Kemudian melalui dua lagi daerah iaitu Setiu dan Kuala Nerus. Masuk ke Kuala Terengganu Bypass dan sampai ke daerah Kuala Terengganu. Berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan bandar. Jam 5:05 petang, kami tiba di tempat parkir kenderaan dan mendaftar masuk ke resortPerjalanan sejauh kira-kira 160 kilometer dari Pasar Besar Mydin Tunjong, Kota Bharu ke Intan Beach Resort, Kuala Terengganu. Kami keluar selepas mandi dan solat berjemaah. Sambil membasuh dan mengeringkan pakaian di Laundry Bar, 219, Jalan Sultan Zainal Abidin (RM14.00), kami makan malam di Warung A.K Mizan, 2243, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu (RM35.00). Kami pergi ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Ia merupakan sebuah jambatan imbang yang menyeberangi Sungai Terengganu. Menghala ke Seberang Takir. Kemudian membuat pusingan U dan singgah ke kawasan Terengganu Food Truck (RM66.00) dan Street Art Festival 2.0 Bundle Expo (RM10.00). Kami bergerak pulang ke resort kerana hari telah lewat malam.

Selasa, 27 Februari 2024 (hari keempat). Jam 12:05 tengah malam, kami sudah berada semula di Bilik 208, Intan Beach Resort di tepi Pantai Batu Buruk. Berehat dan tidur. Bangun pagi, solat Subuh dan kami bersarapan di Bilik 208. Bersiap diri dan kami mendaftar keluar. Saya memandu Proton Exora pada jam 11:43 pagi meninggalkan kawasan resort. Isi petrol di Petronas Batu Buruk (RM50.00) dan tambah nilai kad Touch 'n Go (T'nG). Kami pergi lagi ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Semalam tengok suasasana malam dah hari ini tengok suasana siang. Kami pergi pula ke Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall). Parkir kenderaan di Aras LG M10 KTCC Mall. Makan tengah hari di Food Garden (RM51.00) dan bermain permainan Ocean Super Star di Pasific Fundland (RM20.00). Saya menggunakan kad T'nG membayar parkir kenderaan (RM2.00) ditolak daripada eWallet. Meninggalkan KTCC Mall dan kami pergi ke Pasar Besar Kedai Payang. Parkir kenderaan menggunakan aplikasi Setel Petronas (RM0.90). Kami membeli-belah di pasar besar sambil makan dan minum (RM86.00). Saya memandu kenderaan pada jam 4:03 petang meninggalkan kawasan pasar besar. Masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Plaza Tol Kuala Terengganu. Antara jam 5:30 hingga 5:50 petang, kami berhenti di Kawasan Rehat Paka. Pergi ke tandas dan surau. Meneruskan perjalanan. Jam 6:48 petang, kami sampai ke sempadan dua negeri iaitu Terengganu dan Pahang di LPT. Antara jam 7:20 hingga 7:40 malam, kami berhenti di Kawasan Rehat Gambang. Isi petrol di Petronas Gambang Arah Barat (RM50.00). Pergi ke tandas Petronas. Meneruskan perjalanan. Antara jam 8:20 hingga 9:50 malam, kami berhenti di Kawasan Rehat Temerloh. Makan malam di medan selera serta lain-lain (RM62.50), pergi ke tandas dan surau. Meneruskan perjalanan. Jam 10:26 malam, keluar dari LPT melalui Plaza Tol Karak (RM39.24). Masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8). Melalui Plaza Tol Bentong (RM3.50) di E8. Antara jam 11:20 hingga 11:35 malam, kami berhenti di Hentian Sebelah Gombak (Barat). Pergi ke tandas. Meneruskan perjalanan. Melalui Plaza Tol Gombak (RM6.00) di E8. Membelok ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2). Dari MRR2 masuk ke Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Klang iaitu SUKE (E19). Melalui Plaza Tol Ampang (B) E19 (RM2.30).

Jam 12:00 tengah malam hari Rabu, 28 Februari 2024 saya masih memandu kenderaan di SUKE E19 (Kilometer 12.3) iaitu beberapa kilometer sebelum plaza tol. Melalui Plaza Tol Bukit Teratai (RM2.30)Masuk pula ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Jam 12:27 tengah malam, sampai ke rumah TJ (bukan rumah SI) di Kajang selepas memandu kenderaan sejauh 467.7 kilometer dari Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Saya menulis artikel ini sedikit demi sedikit menggunakan Chromebook dan menyimpannya sebagai draf ketika masih dalam perjalanan bercuti. Apabila ia telah lengkap ditulis, saya menerbitkannya pada hari ini (Rabu, 28 Februari 2024).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.