Sabtu, 2 Mac 2024

Percutian ke Kuala Lumpur 2024

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Kuala Lumpur selama 2 hari 1 malam. Percutian sempena Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2023/2024. Ia merupakan tempat percutian di kawasan bandar raya yang terletaknya ibu negara Malaysia. Kami telah beberapa kali bercuti dengan bermalam di Kuala Lumpur beberapa tahun sebelum ini. RM845.20 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini.

Seramai tujuh orang menginap di sebuah pangsapuri seperti hotel, B 43-12 (tingkat 43 ialah paling atas), Better Residence Suite, Berjaya Times Square (West Tower), Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Kami menginap di pangsapuri satu bilik tidur dengan sebuah katil kelamin dan satu ruang tidur dengan sebuah katil bujang terletak di ruang tamu yang menghadap kolam renang. Sebuah ruang makan dan sebuah ruang dapur. Kabinet kasut disediakan berhampiran pintu masuk. Sebuah tandas dan sebuah bilik air berasingan yang dipisahkan dengan pintu. Ada talian internet (Wi-Fi). Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (pangsapuri) dibuat dalam talian tetapi bayaran dibuat ketika kami mendaftar masuk (RM263.00). Bayaran deposit RM100.00 (tunai) dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti.

Jumaat, 1 Mac 2024 (hari pertama). Kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada jam 6:30 petang. Saya memandu Proton Exora dengan bantuan peta Google pada paparan skrin Soundstream menempuh kesesakan lalu lintas selepas Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras - Kajang. Juga berlaku kesakan lalu lintas di kawasan bandar. Jam 7:30 malam, kami sampai ke kawasan berhampiran bangunan Berjaya Times Square. Kenderaan diletakkan sementara di tepi Jalan 1/77B kerana kami belum tahu nombor pangsapuri yang ditempah. Kami dibawa ke tingkat 43 (B 43-12) dan mendaftar masuk. Solat Maghrib. Kami turun ke tingkat G dan berjalan kaki dari Jalan Imbi ke Jalan Bukit Bintang. Tidak boleh terlalu memilih tempat makan kerana orang sangat ramai. Kami makan malam di Madfoon Palace Restaurant (Fusion Arabic Cuisine), No 134, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur (RM261.95). Kami berjalan kaki kembali ke Berjaya Times Square. Alihkan kenderaan berhampiran East Tower di tepi Jalan 1/77B ke tempat parkir di West Tower iaitu di Aras B1 (central) 12. Ia berdekatan dengan lif khas (west) kami yang menggunakan kad kebenaran masuk. Bawa barang-barang dari kenderaan naik ke atas. Kira-kira jam 11:00 malam, kami sampai ke pangsapuri. Mandi, solat Isyak, berehat dan tidur.

Sabtu, 2 Mac 2024 (hari kedua). Bangun pagi, solat Subuh dan kami bersarapan di pangsapuri. Jam 9:00 pagi, kami tiba di tingkat 15 dan mandi di kolam renang. Kedalaman kolam ialah 4 kaki untuk kolam yang besar. Kolam untuk kanak-kanak pula tidak sedalam kolam besar dan ia lebih kecil. Waktu operasinya ialah dari jam 7:00 pagi hingga 8:00 malam. Kami naik semula ke tingkat 43. Mendaftar keluar dari B 43-12 pada jam 12:00 tengah hari. Bawa barang-barang dari pangsapuri turun ke Aras B1 dan simpan di dalam kenderaan. Naik ke tingkat G menyerahkan kad (kunci). Kami makan tengah hari di Arab Hadramot Restaurant, Beside Berjaya Times Square Hotel, Tower B (West Tower), No 4, Lorong 1/77A off Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur (RM157.75). Kami naik Monorel dari Stesen Imbi ke Stesen Bukit Bintang. Bayaran tambang mengikut cara yang pelbagai. Ahli 1, ahli 2 dan ahli 3 menggunakan tiga keping kad Touch 'n Go (T'nG) ialah RM1.20 x 3 orang. Ahli 4 dan ahli 5 menggunakan dua keping token yang dibeli secara tunai melalui mesin ialah RM1.30 x 2 orang. Ahli 6 dan ahli 7 masuk percuma. Tambang sehala untuk tujuh orang (RM6.20). Bungkus dua shawarma ayam (RM25.80) dan shawarma lembu (RM31.80) di Damascus Bukit Bintang, 44-4, Jalan Sultan Ismail, 55100 Kuala Lumpur. Dibeli juga makanan dan minuman yang dibungkus di kedai berhampiran iaitu Kunafa Crisp - Branch 2 di alamat 44-2G, Jalan Sultan Ismail, 55100 Kuala Lumpur (RM15.90). Kami naik Monorel dari Stesen Bukit Bintang ke Stesen Imbi (RM6.20). Dari Stesen Imbi, kami terus ke pusat membeli-belah Berjaya Times Square yang bersambung di tingkat 1. Ramai orang di dalam lif. Kami menuruni tangga bergerak ke tingkat G. Membeli dua buah gasing bercahaya bentuk Doraemon (RM24.00) di tingkat LG. Kami mendapatkan kenderaan di Aras B1 (central) 12. Bayar parkir kenderaan menggunakan kad T'nG (RM27.00). Kami keluar ke Jalan Imbi dan hendak ke stesen minyak berdekatan. Saya memandu sekejap di Jalan Pudu. Terus ke Jalan Changkat Thambi Dollah, Jalan Barat, berlaku kesesakan lalu lintas di Bulatan Kampung Pandan dan masuk ke Jalan Tun Razak. Isi petrol di Petronas Jln Cochrane (RM50.00). Saya memandu kenderaan di Jalan Cochrane, Jalan Jejaka, Jalan Cheras, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Masuk ke Jalan Cheras di Kajang, Jalan Timur berhampiran Masjid Jamek Pekan Kajang dan melalui belakang Hospital Kajang. Terus ke Jalan Semenyih dan jalan-jalan raya di kawasan perumahan. Jam 4:00 petang, sampai ke rumah TJ selepas memandu kenderaan sejauh 27.3 kilometer dari Aras B1 (central) 12, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.