Selasa, 18 Jun 2024

Cuti Zulhijjah 1445

Kajang, 18/06/2024 (Selasa) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah SI bagi hari terakhir cuti. Kami bertujuh telah bercuti sempena Zulhijjah1445 selama 4 hari. RM50.00 x 2 = RM100.00 ialah pengisian petrol RON95 untuk Proton Exora di dua buah stesen minyak Petronas di Prima Saujana 2 dan Kuala Lipis. Pembayaran menggunakan aplikasi Setel pada telefon pintar. Kadar bayaran di Plaza Tol (PT) di lebuh raya pula menggunakan aplikasi Touch 'n Go (T'nG).

Dari Selangor ke Pahang. RM1.30 PT di Grand Saga E7 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:01 AM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:09 AM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:15 AM. RM6.00 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 7:38 AM. RM3.50 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 9:41 AM.

Dari Pahang ke Selangor. RM3.50 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 9:11 PM. RM6.00 PT di KL - Karak E8 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:19 PM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:35 PM. RM2.30 PT di SUKE E19 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:42 PM. RM1.30 PT di Grand Saga E7 melalui eWallet (T'nG NJN) pada 10:50 PM.

Selepas tamat waktu persekolahan sesi pagi pada tengah hari Jumaat, 14 Jun 2024 bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1445, saya mengambil anak kedua dengan Perodua Bezza selepas solat Jumaat di surau sekolahnya. Saya mengambil pula anak ketiga dengan Perodua Bezza ketika waktu Asar dari pejabat pendidikan daerah berhampiran rumah SI yang menaiki bas sewa khas dari sekolahnya. Anak sulung memang sudah berada di rumah kerana cuti semester. Saya dan isteri mengambil anak keempat serta anak kelima dengan Perodua Kelisa dari tadika mereka.

Saya mengambil Proton Exora di rumah TJ yang ditukarkan dengan Perodua Bezza. Proton Exora dan Perodua Kelisa berada di rumah SI. Kami keluar bertujuh orang dengan Proton Exora. Isi petrol di Petronas Prima Saujana 2 pada 8:31 PM. Makan malam di Mitty and Beans, Prima Saujana.

8 Zulhijjah 1445 (Sabtu) 15 Jun 2024 (hari pertama). Saya memandu Proton Exora dari Selangor ke Pahang. Bertolak dari rumah SI pada jam 6:50 pagi. Pemanduan melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19), Middle Ring Road 2 (28) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8). Menempuh kesesakan lalu lintas di E8. Meneruskan perjalanan di Lingkaran Tengah Utama (LTU) 34 dan Laluan Persekutuan 8. Berhenti makan tengah hari Kawasan Rehat Benta. Membeli barang-barang keperluan di Pasar Mini Ria, Kuala Lipis. Akhirnya, kami bertujuh sampai ke rumah TTD. Isteri memasak rendang ayam, ketupat palas dan lain-lain untuk dibawa ke rumah emak kandung (emak saya), esok. Kami bermalam di rumah TTD.

9 Zulhijjah 1445 (Ahad) 16 Jun 2024 (hari kedua). Selamat berpuasa sunat hari Arafah. Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah emak kandung di kampung. Singgah membeli lemang dan lain-lain. Kami bermalam di rumahnya.

10 Zulhijjah 1445 (Isnin) 17 Jun 2024 (hari ketiga). Solat sunat Aidiladha di masjid kampung. Kembali ke rumah emak saya. Kami berlapan orang termasuk emak saya menaiki Proton Exora pergi ke ladang kelapa sawit di tepi padang bola. Menguruskan lembu korban kepunyaan emak untuk satu bahagian. Saya dan isteri berkorban lembu di negara Kemboja untuk satu bahagian setiap seorang. Kembali semula ke rumah. Saya dan emak keluar semula dengan kenderaan mengagihkan daging korban kepada penduduk kampung sebanyak sepuluh buah rumah. Berehat dulu. Kami bertujuh dari rumah emak saya ke rumah TTD. Kami singgah sekejap sahaja kerana hendak kembali ke rumah SI. Isi petrol di Petronas Kuala Lipis pada 6:25 PM. Saya memandu Proton Exora dari Pahang ke Selangor yang jaraknya ialah kira-kira 180 kilometer. Melalui Laluan Persekutuan 8 dan LTU. Kemudian melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8). Berhenti solat di surau Hentian Sebelah Bentong di sebelah PT Bentong. Meneruskan perjalanan di Middle Ring Road 2 (28), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (E19) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai ke rumah SI pada jam 11:05 malam.

11 Zulhijjah 1445 (Selasa) 18 Jun 2024 (hari keempat). Saya sempat menghantar Proton Exora ke rumah TJ dan mengambil Perodua Bezza. Juga sempat mengisi petrol di Petronas Grand Saga 3 pada 11:15 AM untuk Perodua Kelisa. Di rumah SI, kami masih bertujuh orang sebelum masuk waktu solat Zohor. Petang ini, dua orang ahli akan bergerak ke asrama sekolah masing-masing.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.