Sabtu, 1 Jun 2024

MRT1 Siap 2017, MRT2 Siap 2023 dan MRT3 Projek 2024

Kajang, 01/06/2024 (Sabtu) - Saya dari rumah TJ dan memandu Perodua Bezza meninggalkan Proton Exora. Pergi ke bandar Kajang. Letak kereta di parkir berbumbung Keretapi Tanah Melayu (KTM) di tingkat G menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG).

Saya menaiki tren Mass Rapid Transit (MRT) Transit Aliran Massa. Naik tren MRT1 di stesen Kajang. Saya sudah banyak kali naik tren MRT1 (Laluan Kajang) dan hendak mencuba naik tren MRT2 (Laluan Putrajaya) untuk kali pertama pada hari ini (Sabtu, 1 Jun 2024). Turun di stesen pertukaran MRT2 di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy.

7:34 pagi, tren MRT1 (Laluan Kajang) bergerak dari stesen Kajang. 8:09 pagi, sampai ke stesen pertukaran tren MRT2 (Laluan Putrajaya) di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy. Dari platform 2 tren MRT1 terus ke platform 4 tren MRT2 yang tiba serentak di stesen TRX. Kedua-dua platform terletak sebelah-menyebelah sahaja. 8:19 pagi, tren MRT2 sampai ke stesen Hospital Kuala Lumpur (RM4.30). Tambang tanpa tunai menggunakan kad T'nG.

Keluar melalui Pintu B (Jalan Kuantan) berhampiran Istana Budaya dan berjalan kaki ke Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Tembeling. Kembali ke stesen Hospital Kuala Lumpur. Saya pergi juga ke Pintu A (Jalan Utama Hospital) tetapi tidak keluar dari Pintu A. Nampak Institut Urologi dan Nefrologi di sebelah kanan serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak di sebelah kiri.

9:35 pagi, tren MRT2 (Laluan Putrajaya) bergerak dari stesen Hospital Kuala Lumpur. 9:45 pagi, sampai ke stesen pertukaran tren MRT1 (Laluan Kajang) di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy. Dari platform 3 tren MRT2 terus ke platform 1 tren MRT1 yang masa menunggunya ialah selama 7 minit (dari 9:45 pagi hingga 9:52 pagi) pada paparan skrin di stesen TRX. Kedua-dua platform terletak sebelah-menyebelah sahaja. 10:26 pagi, tren MRT1 sampai ke stesen Kajang (RM4.30). Tambang tanpa tunai menggunakan kad T'nG.

Pandu kereta keluar dari parkir berbumbung KTM di tingkat G menggunakan kad T'nG yang sama (RM4.24).

Pergi ke rumah SI. Perodua Bezza bertemu Perodua Kelisa. Belum ke rumah TTD untuk bulan Jun 2024, setakat 1 hari bulan pada hari ini.

MRT1 Fasa Satu Laluan Kajang yang bermula dari Sungai Buloh ke Semantan telah mula beroperasi pada 16 Disember 2016. Manakala jajaran selebihnya beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai 2017. Dua stesen yang sebelum ini berada di laluan MRT1 telah dipindahkan ke laluan MRT2 iaitu stesen Sungai Buloh dan stesen Kampung Selamat.

MRT2 Fasa Satu Laluan Putrajaya yang bermula dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu telah mula beroperasi pada 16 Jun 2022. Manakala jajaran selebihnya beroperasi sepenuhnya mulai 16 Mac 2023. Stesen terakhir MRT2 (Laluan Putrajaya) dan stesen terakhir MRT1 (Laluan Kajang) bertemu di stesen Kwasa Damansara (stesen pertukaran tren). MRT2 stesen Putrajaya Sentral (stesen terakhir) dan MRT1 stesen Kajang (stesen terakhir) tidak bersambung walaupun Putrajaya dan Kajang terletak berhampiran antara satu sama lain.

MRT3 Laluan Lingkaran ialah laluan terakhir yang kritikal bagi melengkapkan rangkaian rel bandar raya Kuala Lumpur. Agihan kontrak projek MRT3 dijangka suku terakhir 2024.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.