Saya dapat pula nombor 0144W dari kaunter tingkap dan nombor W0151 di kaunter 5. Nombor, kad dan surat rujukan diletakkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar. Ia bagi rawatan sesi petang bermula jam 2:00 PM.
Jururawat memeriksa tekanan darah (211/114) di kaunter Triage 1C. Bacaan amat tinggi kerana berdebar. Periksa lagi tekanan darah di Bilik 23 (Bilik Rawatan) dan masuk ke Bilik 10 (B) berjumpa Dr Nurul Farhana binti Mahamad. Asalnya saya membawa surat rujukan dari kedai cermin mata untuk membuat rawatan mata di hospital. Oleh kerana ada tekanan darah tinggi, jururawat membawa saya semula ke Bilik 23 dan saya makan ubat.
Periksa jantung di Bilik 17 (Bilik ECG). ECG ialah singkatan bagi istilah electrocardiogram (elektrokardiogram). Periksa lagi tekanan darah (181/105) di Triage 1C. Masuk ke Bilik 10 (B) berjumpa Dr. Letak kad, nombor giliran dan slip pemeriksaan di Bilik Pemeriksaan Mata iaitu Bilik 'Fundus Camera' (Bilik 21).
Kembali ke Bilik 10 (B) berjumpa Dr selepas diperiksa tekanan darah (183/108) di Triage 1C. Di Bilik 23 saya menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Kajang.
Di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kajang kira-kira jam 5:00 PM. Di Zon Kuning, saya diperiksa tekanan darah sebanyak tiga kali dan diselangi dengan dua kali makan ubat. Mula-mula diberi kerusi. Kemudian diberi katil untuk berehat. Jururawat dan Dr Amira binti Suhaini yang memeriksa saya. Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi). Saya diberi Sijil Cuti Sakit. Jam 9:45 PM saya keluar dari jabatan berkenaan selepas urusan selesai.
Saya berjalan kaki ke bandar Kajang dan mendapatkan sebuah teksi di Hentian Kereta Sewa Kajang, Jalan Tun Abdul Aziz. Tiba di lokasi. Saya sedang berada di dalam kereta di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang untuk bergerak pulang ke rumah SI.